Umpama Berbasikal

Assalamualaikum wbt

Hidup ini beginilah.
Umpama berbasikal.
Bila mahu naik bukit, kaki akan terasa sakit yang teramat.
Berketar lutut.
Tapi sekali kau tiba di atas, kau rasa lega.
Lega walaupun penat.
Macamtulah peritnya bila kau mahu capai kejayaan di puncak. 
Dan kalau kau tidak jaga sebaiknya,
Tidak bernasib baik,
Kau akan jatuh dalam sekelip mata.
Laju.
Seperti lajunya kau pabila turun bukit.