Prasangka

Assalamualaikum wbt

Tempoh hari, sewaktu pulang, Abi seperti biasa berkongsi ceritanya dan pandangannya mengenai beberapa isu, dan di situ, terselit satu peringatan yang aku kira harus dikongsi bersama, buat muhasabah diri aku dan semua.

"Fitrah manusia ini baik. Selagi kita tak jumpa apa-apa bukti yang mengatakan dia tidak baik atau punya niat yang jahat, kita WAJIB mengandaikan bahawa apa jua dilakukannya itu adalah dengan niat yang baik"

Bersangka baik. Itu ringkasnya pesan yang ingin Abi sampaikan. Dalam apa jua kedaan pun, bersangka baiklah kerana kita sememangnya tidak mengetahui apa yang berselindung di dalam hati seseorang melainkan diberi petunjuk daripada Allah untuk melihat kebenaran (seandainya seseorang benar-benar tidak berniat baik).

Namun, jangan jadi lurus dan naif dengan menyangka semuanya baik-baik sahaja walaupun bukti telah ditampakkan dengan mata. Adakala, prasangka buruk itu untuk waspada. Kita, yang lemah ini, harus tenang dan bijak dalam menilai sesuatu mahupun seseorang.