Smile, for A Better Place

Assalamualaikum wbt

We had always been taught to be ourselves in whatever the situation is.
To not fake.
To be pure.
To be true.
To not change and be just the way you are.

But we can make just a little transformation in ourselves,
Although it may not reflect 'who we are'.

A transformation,
That could change a person's perception,
Or perhaps,
A person's life,
Or even,
The whole world.

Just a simple one.
------ Smile =)



Ke Hadapan Istanbul

Assalamualaikum wbt

Pada Istanbul aku masih menaruh harapan
Tak dapat pergi berdua, bertiga, berempat,
Pergi sendiri pun jadilah.

Caklempong vs Gamelan

Assalamualaikum wbt



Caklempong.
Sadis betul dah semester 4 baru nak ambik koko, dan akhirnya, ini yang aku pilih. Waktu ditanya oleh fasi kenapa pilih caklempong, aku kata " Sebab dulu pernah main gamelan, jadi nak cuba pula caklempong macamane". Haaa, gitulah. 

Aku ingatkan belajar ni senang, sebab tak banyak beza pun dengan gamelan. Rupanya susah juga. Mungkin sebab dulu team gamelan main alat berpandukan not nombor, jadi mudah. Sekarang ni, kena belajar not muzik 'taugeh' ni. Stressful jugaklah hai. 

Caklempong tak ada banyak beza pun dengan gamelan dari segi alunan yang dihasilkan. Kalau dari segi alat, caklempong punya basic ada tiga: Gerteh, sawa, dan tingkah. Gerteh punya peranan lebih kurang sama macam bonang dalam gamelan. Leader. Berbeza dengan gamelan, alatannya untuk satu set ada banyak: Bonang, gendang, gong, kenong, pekin, gambang dan sebagainya. 

Well, aku tak dapat capai lagi rasa puas yang aku dapat macam masa aku main gamelan dulu. Niat aku mungkin dah tak betul kot. Mungkin. 

Kalau dulu, minggu-minggu exam pun boleh nak main. Buat relese stress. Petang-petang biasanya Debbie ada untuk temankan main bonang dekat bilik gamelan. Debbie pemain gendang. So memang best companion la kalau nak main gamelan waktu tu. Dia tahu bila nak masuk bagi harmoni. Rindunyaaaa! 

Sudah 3 tahun lebih tinggalkan gamelan. Not-not lagu makin pudar dari ingatan. Even not lagu Topeng, which is yang paling basic dan penting sekali dalam team gamelan dulu, pun dah makin samar-samar dah dalam benak ni. 

Buat masa ni, aku rindu dan gian nak ketuk bonang.

Aku ada aim untuk ceburkan diri semula dalam gamelan. Hopefully terlaksana. Insya Allah.


Andaian pada Angan

Assalamualaikum wbt

"When he smiles, it is like having a torch,
Shine right at me, lighting up all the dark corners,
And I cannot imagine why everyone is not in love with him"

Pagi ini biar rindu mengambil tempat.
Pada semua yang tiada di sisi.
Pada mereka yang membawa diri.

Andai perkara yang aku gusarkan dan takutkan itu berlaku lagi,
Runtuh segala kepercayaan ini,
Pada kata-kata manis yang pernah diberi.

Dan aku akan menjadi,
Orang yang paling lurus sekali

Paling tidak bijak.


Ujian Tiada Henti Tanda Kasih

Assalamualaikum wbt

Hidup di dunia ini sarat dengan ujian. Ya, ini tempat ujian. Andai kau lelah, maka jatuhlah dikau. Andai kau kuat, maka dapatlah kau harunginya. Kerana dunia ini tidak kekal, bakal hancur bila tiba masanya. Andai mahukan kehidupan serba sempurna, di syurga sana tempatnya. Perjalanan di dunia ini adalah wadah untuk kau menuju ke akhirat.

Akan tiba suatu masa bilamana kau rasa tidak berdaya dan hanya satu sahaja yang muncul di fikiran, iaitu Allah. Lumrah manusia yang mengingatiNya hanya pada waktu susah, dan lupakanNya pada waktu senang. Kita, manusia hina.

Menjadi baik itu fitrah setiap manusia.

Walau selama ini kita lupakan Allah swt, dalam sedar atau tidak, Sang Pencipta itu ada sentiasa dan bersedia menerima hambaNya tatkala hati merindui untuk kembali. Dan Dia yang membuka pintu hati makhluk ciptaanNya untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik, yang lebih diredhai, dan dikasihi, akan selitkan bersama satu kekuatan dan ketabahan pada hambaNya agar kita dapat lakukan sebuah pengorbanan bermakna demi satu kebaikan abadi.

Berubah, tidak mudah.

Waktu inilah kebergantungan kita padaNya akan diuji dengan hebat sekali. Waktu inilah iman dan sabar akan tercabar dengan keperitan dan kepedihan. Namun percayalah, saat kau berjaya mengharunginya, kau akan lega. Lega dengan keputusan dibuat. Lega dengan pengakhiran sebuah pengorbanan.

Mudah-mudahan kita hambaNya ini akan sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya.
Moga dirahmati sentiasa dan diberikan hidayah untuk terus berusaha mengejar redha Allah swt.


Emosi

Assalamualaikum wbt

Si kaya emosi
Hanya akan jadi pembunuh toleransi
Berlagak tenang
Padahal hati berkecamuk

Akulah orangnya tu.

Sempurna Tanpa Cela

Assalamualaikum wbt

Kita selalu kata kita manusia biasa,
Memang tidak sempurna. Tidak.
Hakikatnya,
Itu hanya ayat pelepas diri,
Kerana,
Kita semua takut cela.


Ikhlas

Assalamualaikum wbt

Sepatutnya
Pemilik tangan yang memegang tangan aku,
Dan kemudian menatap tepat mataku,
Lalu diikuti dengan soalan "Ni ikhlas ke tak?"
Sebaiknya alihkan tangan yang dihulur itu,
Letak di dada sendiri,
Dan tanya pada diri "Apa motif soalan dituju?"

Mahu pastikan keihlasan aku,
Atau mahu tunjukkan keikhlasanmu?


Peringatan

Assalamualaikum wbt

Hari ini, dilukai lagi

Mungkin,
Ini untuk ajak aku balik pada Pencipta.
Setelah asyik berdamping dengan manusia.
Hingga lupa akan Dia.

Juga untuk ingatkan,
Yang manusia sering mengecewa,
Lantaran dirinya yang tidak sempurna,
Sedangkan Dia sentiasa bersedia,
Menerima kita dengan rasa terbuka,
Kerana sifatNya yang cukup sempurna.



Books Enthusiast

Assalamualaikum wbt



Buku itu ilmu. Buku itu pengalaman. Buku itu pengajaran.
These are just some of the books that I have.
Terima kasih buat yang hadiahkan.
Terima kasih buat yang belikan.
Terima kasih buat yang pinjamkan.