Assalamualaikum wbt
Hidup di dunia ini sarat dengan ujian. Ya, ini tempat ujian. Andai kau lelah, maka jatuhlah dikau. Andai kau kuat, maka dapatlah kau harunginya. Kerana dunia ini tidak kekal, bakal hancur bila tiba masanya. Andai mahukan kehidupan serba sempurna, di syurga sana tempatnya. Perjalanan di dunia ini adalah wadah untuk kau menuju ke akhirat.
Akan tiba suatu masa bilamana kau rasa tidak berdaya dan hanya satu sahaja yang muncul di fikiran, iaitu Allah. Lumrah manusia yang mengingatiNya hanya pada waktu susah, dan lupakanNya pada waktu senang. Kita, manusia hina.
Menjadi baik itu fitrah setiap manusia.
Walau selama ini kita lupakan Allah swt, dalam sedar atau tidak, Sang Pencipta itu ada sentiasa dan bersedia menerima hambaNya tatkala hati merindui untuk kembali. Dan Dia yang membuka pintu hati makhluk ciptaanNya untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik, yang lebih diredhai, dan dikasihi, akan selitkan bersama satu kekuatan dan ketabahan pada hambaNya agar kita dapat lakukan sebuah pengorbanan bermakna demi satu kebaikan abadi.
Berubah, tidak mudah.
Waktu inilah kebergantungan kita padaNya akan diuji dengan hebat sekali. Waktu inilah iman dan sabar akan tercabar dengan keperitan dan kepedihan. Namun percayalah, saat kau berjaya mengharunginya, kau akan lega. Lega dengan keputusan dibuat. Lega dengan pengakhiran sebuah pengorbanan.
Mudah-mudahan kita hambaNya ini akan sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya.
Moga dirahmati sentiasa dan diberikan hidayah untuk terus berusaha mengejar redha Allah swt.