Peringatan

Assalamualaikum wbt

Hari ini, dilukai lagi

Mungkin,
Ini untuk ajak aku balik pada Pencipta.
Setelah asyik berdamping dengan manusia.
Hingga lupa akan Dia.

Juga untuk ingatkan,
Yang manusia sering mengecewa,
Lantaran dirinya yang tidak sempurna,
Sedangkan Dia sentiasa bersedia,
Menerima kita dengan rasa terbuka,
Kerana sifatNya yang cukup sempurna.