Ikhlas

Assalamualaikum wbt

Sepatutnya
Pemilik tangan yang memegang tangan aku,
Dan kemudian menatap tepat mataku,
Lalu diikuti dengan soalan "Ni ikhlas ke tak?"
Sebaiknya alihkan tangan yang dihulur itu,
Letak di dada sendiri,
Dan tanya pada diri "Apa motif soalan dituju?"

Mahu pastikan keihlasan aku,
Atau mahu tunjukkan keikhlasanmu?