Terlalu Banyak Cinta Yang Didambakan

Assalamualaikum wbt...

Manusia dan cinta takkan boleh dipisahkan. Walau jahat mana sekalipun seseorang itu, hatta pencuri atau pembunuh, jauh di lubuk hatinya pasti ada sekelumit rasa cinta terhadap apa pun jua yang berada di dunia ini. Itu fitrah yang telahpun ditetapkan oleh Allah swt. Dia yang menghadirkan rasa itu kerana Dia juga Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Sedarkah kita bahawa cinta yang agung itu hanya ada satu? Tahukah kita bahawa ianya milik Maha Esa? Perasankah kita bahawa... selama ini, terlalu banyak cinta yang kita dambakan, terlalu banyak cinta yang kita kejarkan dan terlalu banyak cinta yang kita harapkan?

Ya. Kita ini manusia yang mudah lupa. Mudah alpa. Mudah lalai dengan duniawi. Tanpa kita sedar, kita ini sudah mengharapkan terlalu banyak cinta. Betapa tamaknya kita ini. Cinta manusia pun kita hendak, cinta harta benda pun kita hendak, cinta ilmu pun kita hendak, cinta akhlak pun kita hendak, segala cinta ingin kita peroleh. Tapi cinta Allah? Mungkin kita akan terus diam. Diam kerana tahu silapnya kita dek terlalu mengejar cinta pada perkara lain namun abaikan cinta pada Allah. Kita pastinya akan mengaku bahawa cinta Allah dan cinta Rasulullah pun kita harapkan. Namun sejauh manakah kesungguhan kita untuk mendapatkan cintaNya?

Jika harapkan cinta manusia, kita sanggup melakukan apa sahaja, membelikan si dia segala kegemarannya, mengucap kata-kata manis, dan kadang-kala, kita sanggup memalukan diri, asalkan cinta insan itu kita dapat. Jika harapkan cinta harta benda, kita sanggup membanting tulang, bekerja keras untuk mendapatkan wang, peroleh rezeki bagi mendapatkan harta benda yang diinginkan. Biarlah siang malam berjaga dan bekerja, asalkan harta benda yang kita inginkan kita dapat. Dan jika cintakan ilmu pula, kita sanggup untuk menghadiri pelbagai kelas-kelas tambahan, majlis-majlis ilmu, bertanya pada murabbi, pergi ke perpustakaan setiap hari hanya untuk mendapatkan ilmu itu.

Tiada salahnya kita mengejar cinta selain cinta Allah. Namun sepatutnya, cinta Allah, pencipta kitalah yang harus kita dahulukan. Sempurnakan amalan kita. Perbaiki kelemahan yang ada. Tambahkan kekurangan dalam diri. Dekatkan diri kita ini pada Allah yang Maha Besar dan Maha Kuasa. Dengan mengharapkan dan meraih cinta Allah, kelak, cinta ilmu yang kita dambakan takkan buat kita sombong dan bongkak; cinta harta yang kita inginkan takkan buat kita tamak dan bakhil; cinta manusia yang kita harapkan takkan buat kita lalai dan leka; cinta akhlak yang kita mahukan pula akan sentiasa mengajak kita untuk merendah diri dan terus beramal. Seandainya, cinta Allah yang kita utamakan, pastinya dan tiada ragunya, cinta yang lain juga akan kita peroleh. Kali ini lebih bermakna kerana kehadirannya adalah dengan penuh keberkatan dan keredhaan. Insya Allah.

Wallahuallam 

Even The Prickles on The Roses Can't Really Protect Them

Assalamualaikum wbt
 Roses are red, Violet are blue. Sugar is sweet and so are you!
The roses. Red, white, pink, and beige. But from those, red and white remain my favourites. Classic.
Among them, there are war. The war between the roses. They fight to live. To be the strongest and fairest of all the others.

Roses.
The flowers represent the women. The petals, no matter red or white, pink or beige, they are as soft as what the ladies should be. Yes, soft and gentle. I mean, in terms of the inner beauty. The way you act, the way you talk and walk. Everything! Forget about the outer beauty. People's opinion on outer beauty is different. You may think you are pretty, but other people might think the other way round.

While the prickles on it are meant to protect the roses, believe it or not, it can still be touched, it can still be removed, it can still be plucked. No matter how protective it is, we can't predict the future. Even with the thorns all over it, it can still be approached in lots of ways. Do you get what am I trying to say?

Just be careful no matter where you are. Protect your dignity. Keep your shyness with you. We live in a beautiful world. Peaceful as a whole. yet, challenges and obstacles are there. Waiting for their victims. So keep on being strong.Keep the faith. Pray and pray. Do not lose hope on Him, The Most Merciful.

Langkahku


Aku di sini, menghayati malam yang sepi.
Seketika, aku bermuhasabah diri

Sepanjang 18 tahun 9 bulan perjalanan hidupku
Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran
Apakah yang telah aku lakukan dengannya?
Baikkah? Burukkah?
Bermanfaatkah setiap perkara yang aku lakukan?
Cukupkah dan sempurnakah segala amalan?

Tatkala diriku menginjak remaja
Tercari-cari yang manakah yang benar
Kelemahan jiwa
Kenaifan diri
Keterujaan terhadap perkara baru
Allah,mudahnya diriku terpengaruh
Yang baik pun aku iyakan
Yang buruk pun aku iyakan

Bila ditanya pada mereka yang lain
Dan ditanya pada masa silamku
Ya, segalanya kelihatan baik
Tiada cacat celanya
Kerana ilmu yang kurang di dada

Kini,
Aku usaha sebaik mungkin
Mengutip mutiara ilmu
Mengumpul lembaran cerita
Mengisi kekosongan jiwa
Menambah kekurangan dan memperbaiki kelemahan

Dalam usaha itu
Aku jatuh dan tersungkur
Aku rebah
Lemah tidak berdaya
Namun
Semangat tidak pernah luntur
Azam ku genggam erat
Aku bangkit dan teruskan langkah

Tidak ingin aku kembali pada masa silam
Namun sesekali
Aku menoleh mengambil pengajaran
Untuk aku mara ke hadapan
Mengejar hanya satu
Redha dari-Mu






To Teach or Not To Teach

Assalamualaikum wbt..

"A teacher affects eternity; he can never tell where his influence stops." 
~Henry Adams

A teacher of a lifetime. The knowledge given do not stop there. It is spread through generations. I admit, being a teacher is a very noble job, but never an easy one. I experienced it myself. (ermm.. well, I consider answering to my sisters' questions regarding their studies as a part of teaching. heee..) Anyway, again, it is a tough job.

My own mother is a teacher. An English teacher in which she had never thought to be one. Being a daughter of a teacher do not stress me out so much as what others might feel. I was not forced to do this and that, or to achieve a very excellent result in exams and so on. But to those who have their parents teaching in their school, the situation might gonna be different. Ouh, trust me, I understand that! "D

ONE THING however, I must say, when the offer for IPG is opened, and when the time comes for us to fill the UPU form, she will surely asked us to go for the courses that offer Educational Studies. TESL la especially. Typical. But she never force. She will just suggest and encourage.

As for me, I am not into teaching not because I can't, but I just don't have the passion and the patience to teach. I can't even tolerate with my own sisters when teaching them, so how am I gonna cope well when I am teaching a large group of students? Just a little ponder. Maybe if I have the will, I can actually teach myself to be patient, and to be a good teacher. I guess so. hehe.. however, I do love the feel when I teach something to people, they understand and really clear about it. It was a feeling of awesomeness. A feeling full with excitement. Hee...

Anyway, this is just an opinion of mine regarding the job of teaching upon the celebration of Teachers' Day - 16th May. For that, I would like to wish all the teachers out there Happy Teachers' Day. Especially to the teachers who have taught me before, IQRA' Institute, SK Raja Muda Seksyen 4, SJK(C) Subang, SJK(C) Tiong Hua Kok Bin, SMK Meru, SMK Convent Bukit Nanas, Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur, and Pusat Asasi Sains Pertanian UPM.

Lastly, a special wish to my parents. Ummi and Abi. The teacher of a lifetime since I was born. Thank you for everything. Thank you for the support, the knowledge, the encouragement, and again, thank you for everything!! May Allah bless you two always. Love you! "D


Friends.. Like No Other

Assalamualaikum wbt...

Setahun kita tempuh segala pahit manis bersama, dan adatlah.. setiap pertemuan ada perpisahannya. Tapi tak bermakna perpisahan itu selamanya. Insya Allah, ada rezeki kita jumpa lagi. Bulan 9 ni insya Allah kita akan sama- sama sambung pelajaran di peringkat ijazah pula. Makin lama, makin payah cabarannya, so Good Luck!

Fakulti kita semua mungkin dah tak sama dah nanti, dan kita pun tak tahu dengan siapa kita akan kenal, dan dengan siapa kita akan rapat nanti. Tapi, jauh mana pun terpisah, moga hati kita semua tetap disatukan di bawah lembayung ukhuwah. :D

Apa-apa pun, terima kasih untuk semua. terima kasih untuk setiap nasihat, teguran, kenangan dan perkenalan.


Thank You Classmates of "ASPer Threesome"


and
THANK YOU ALL!




Kami Melabuhkan Tirai

Assalamualaikum wbt...

Setelah sekian lama, setahun berhempas pulas, mencurah keringat, berjuang mengharungi pahit manis bersama.. Akhirnya, perjalanan sebagai pelajar Asasi Sains Pertanian UPM berakhir jua. Alhamdulillah....

Macam-macam yang Nini rasakan dalam diri Nini sendiri. Lega dan gembira sebab exam dah habis, dah tak payah selak-selak buku Fizik, Kimia, Biologi, Kalkulus, Statistik, Sains Komputer, dan Pertanian yang sangatlah perit untuk ditatap (buat sementara ni,ehehe), dah tak perlu berhadapan dengan assignment dan presentations yang berlambak, namun sedih dan sayu pada waktu yang sama sebab pastinya, bila sesuatu berakhir, perpisahan menyusul sekali....

Setahun di sini, dah tentu banyak perkara baru yang diperolehi. Pengalaman, rakan-rakan, kenangan... Takkan satu pun Nini lupakan, insya Allah. Walaupun semuanya dah berakhir, tapi taklah bermakna berkahir segala-galanya. Harapannya... ilmu yang ditimba tetap bermanfaat dan berkat, persahabatan dan ukhuwah yang dibina tetap mesra dan kekal, pengalaman yang dilalui tetap terus menjadi kenangan dan diambil iktibar, yang baik mahupun sebaliknya.

Kini, generasi ke-7 ASPer melabuhkan tirai....
Kalau nak diceritakan semuanya satu per satu memang taklah terlarat nak menulis..heee..
Dan tak terungkap pun bagaimana rasanya melalui setahun perjalanan ni. Perjuangan dalam menuntut ilmu. Bak kata Abi :" You are in the middle of the journey to gain knowledge. It's a part of Jihad". Bayangkan jihad.... bertarung,berjuang,berusaha,bertungkus-lumus,susah-payah hadapi keperitan.........gagal,jatuh dan bangun semula,semuanya demi ilmu. Dan di sepanjang perjuangan itu, ada manisnya menempah kejayaan, manisnya sebuah taaruf, manisnya sebuah ukhuwah....

We are the 7th batch of Asperian. We had felt how the previous batch felt for being here.We had experienced how proud and amazing it is to be here as an Agricultural Science Foundation student. So now, let the 8th batch and the next generations feel the same way that we do. "D