Aku di sini, menghayati malam yang sepi.
Seketika, aku bermuhasabah diri
Sepanjang 18 tahun 9 bulan perjalanan hidupku
Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran
Apakah yang telah aku lakukan dengannya?
Baikkah? Burukkah?
Bermanfaatkah setiap perkara yang aku lakukan?
Cukupkah dan sempurnakah segala amalan?
Tatkala diriku menginjak remaja
Tercari-cari yang manakah yang benar
Kelemahan jiwa
Kenaifan diri
Keterujaan terhadap perkara baru
Allah,mudahnya diriku terpengaruh
Yang baik pun aku iyakan
Yang buruk pun aku iyakan
Bila ditanya pada mereka yang lain
Dan ditanya pada masa silamku
Ya, segalanya kelihatan baik
Tiada cacat celanya
Kerana ilmu yang kurang di dada
Kini,
Aku usaha sebaik mungkin
Mengutip mutiara ilmu
Mengumpul lembaran cerita
Mengisi kekosongan jiwa
Menambah kekurangan dan memperbaiki kelemahan
Dalam usaha itu
Aku jatuh dan tersungkur
Aku rebah
Lemah tidak berdaya
Namun
Semangat tidak pernah luntur
Azam ku genggam erat
Aku bangkit dan teruskan langkah
Tidak ingin aku kembali pada masa silam
Namun sesekali
Aku menoleh mengambil pengajaran
Untuk aku mara ke hadapan
Mengejar hanya satu
Redha dari-Mu