Warna-warni atau Kelam

Assalamualaikum wbt

Di rumah, aku ada adik-adik, perempuan. Ya, perempuan kesemuanya.
Yang masing-masing tingi citarasa fesyennya, walaupun mereka, taklah berfesyen mana (truth!)
Dan aku yang labih suka berpakaian simple, sentiasa dilabel dengan gaya orang berusia.

"Kak Nini ni pakailah baju yang menyerlah sikit, nampaklah macam orang muda. Ini pakai baju nampak macam mak-mak orang."

Sikit-sikit bolehlah tahan. Lama-lama annoying juga. Melihat kebanyakan mereka yang seusia aku semua tampil bergaya. Merah padan kuning, biru padan oren, tudung berlilit-lilit, maka aku pun cuba mengikut arus peredaran zaman, but of course, tetap dengan gaya aku.

Dan bila aku 'aplikasikan' perubahan itu di kampus, respon berbeza aku dapat.

"Amboi nini tudung berbunga-bunga!"
"Huiyoo nini pinknya harini!"
"Nini kau kenapa berbiru-biru sangat harini?"

Eh?

Almaklumlah, biasa aku bertudung hitam, pinkan di bahu kiri dan kanan, baju t-shirt dan jeans/slack. Biasalah kalau kita dilihat lari daripada kebiasaan, adalah orang yang akan tegur. Cuma aku keliru. Adakah itu bermaksud memuji, ataupun " Lepasni jangan pakai macamtu lagi" ?

Hakikat bahawa manusia mudah terpengaruh.
Mudah sekali. Benar sekali.
Orang kata begini, kita ikut.
Biarpun dalam hati jerit kuat kata "Alah saje je nak tukar, tengok apa jadi"
Tapi sebenarnya, hakikatnya,
Kita tiada pendirian diri.