Assalamualaikum wbt
Sebelum ini, sudah berkali tanya pada ayah aku, yang aku ingin bawa basikal untuk aku pakai di kolej, tapi Abi akan tetap dengan jawapannya: NO! Katanya bahaya.
Tempoh hari sewaktu cuti, aku bertanya lagi dengan nada bersahaja: "Abi, nini bawak basikal tu boleh? Bukannya ada orang pakai pun.". And he immediately said: "YES!" Hohoho, apa lagi. Seronoklaaa!
Abi siap tanya lagi nak bawa yang mana. Kemudian Abi bawa ke kedai untuk baiki basikal tu, tambahkan bakul di hadapan, katanya untuk aku senang letak buku dan beg, lepas tu ditukarkan pula tayarnya sebab dah pecah, dan kemudian ditukarkan juga tempat duduk basikal, sebab katanya nanti biar tak sakit waktu duduk. Waaaaaa, terharunya!
Seminggu ni, aku bawa basikal ke kuliah pada hari-hari yang aku rasa tak jauh sangat nak mengayuh. Tapi, hakikatnya, dekat pun dah penat. Ugh. And... today, aku keluar berbasikal dengan roommate di Bukit Ekspo. Best way to fill the weekend morning ey?
Penat sangat, serius! Tapi rasa puas sebab dapat keluarkan peluh awal-awal pagi, rather than terbaring atas katil keluarkan air liur basi, hohoho. Dan rasa puas sebab dapat curi sedikit masa untuk luangkan masa dengan rakan setelah lama menyibukkan diri dengan tanggungjawab diberi. Kadang kita terlupa, rakan kita tu juga amanah kita. Heee.
Dan tempat persinggahan wajib di UPM ni:
Aku tak pernah ada idea langsung nak meneka apa nama tempat ni dan apa tujuannya dibina dan apa yang jadi padanya sampai terbengkalai begini sahaja. Nak mudah, kami panggil ni 'kawah' je. Ahaha.
And the best part of the morning is that you could enjoy the nature which is a definite source of serenity and positivity. Daripada alam, kita belajar nilai-nilai yang kita tak dapat dalam pembelajaran kelas. Kita belajar untuk kaitkan alam dengan aktiviti harian kita untuk dijadikan analogi. Kita belajar utnuk menghayati dan menghargai ciptaan Ilahi. Kita belajar untuk sedari yang alam ini penuh warna-warni, punya sifat tersendiri, namun masih berupaya untuk menunjukkan satu bentuk kesatuan yang aku kira sudah susah untuk kita dapati pada masa kini.
Alhamdulillah untuk segala nikmat ini.
Nota: Singgah beli nasi lemak dan roti canai untuk mengisi perut yang lapar sewaktu pulang ke kolej. Ohoi, regain the fats!