Persepsi: Nilai Duit Syiling

Assalamualaikum wbt

Duit syiling.
Budak kecil ingat duit syiling tak bernilai. Bila dibilang sama-sama jumlahnya, dan kata padanya yang ia boleh ditukar, barulah dia rasa "Banyaknya!".

Persepsi.

Sehingga kita dewasa pun tak bisa dibuang dari dalam diri.
Tak percaya?
Ce tanya, berapa ramai antara kita yang tak mahu terima duit 5 sen bila dihulurkan? Sebolehnya mahu kita tukar kepada satu 10 sen, berbanding dua 5 sen. Sedangkan, ia tetap duit. Tetap ada nilai. Tetap sah dalam urusan jual beli.

Lainlah mesin gedegang. =)