Assalamualaikum wbt
Hari ini, dengan berkatNya, dengan izinNya, aku dapat bernafas dengan udara yang dipinjamkan, dan di hari-hari yang aku masih hidup ini, Dia masih beri kesempatan untuk aku buka mata dan bangkit daripada kesilapan yang sebelumnya aku rasa tepat.
Mudah-mudahan hidayah Allah beri ini tidak lagi diambil kesempatan oleh hambaMu yang hina dan menzalimi diri sendiri ini.
Pada cinta yang telah lalu, Tuhan bukakan padaku jalan yang lebih indah.
Di saat aku jatuh kerana kekecewaan dan kebodohan diri, aku meminta dengan bersungguh-sungguh sekali agar ditunjukkan hikmah di sebalik apa yang telah terjadi. Dan Tuhan makbulkan doa aku. Dia benar-benar makbulkan permintaan aku. Dia tunjukkan segala yang tampak jelek dan tidak kena pabila kita definisikan cinta kita.
Rupanya selama ini mata telah dikaburi dan hati telah dibaluti dengan istilah 'cinta kerana Allah'. Walhal hakikat yang sebenarnya, cinta padaNya itu hanyalah bayangan untuk menutupi calar-balar daripada cinta terhadap makhluk ciptaan Tuhan, tapi aku terhanyut dalam lautan harapan dan manisan yang hampir membuat aku lemas.
Aku dan pemuda-pemudi Islam yang lain telah dimanipulasi dengan ayat puitis yang kononnya mengatakan bahawa cinta yang baik dan diredhai itu adalah apabila kita dibawa dekat dengan Tuhan.
Dan bermulalah nasihat-nasihat dan pesanan yang tidak henti daripada orang yang kita cinta supaya bangun solat tahajud, supaya tidak lupa berpuasa, jaga solat, tutup aurat, jaga ikhtilat dan sebagainya. Kita sangka kita sudah "dekat" dengan Tuhan. Kita sangka kita "dijaga". Sedangkan syaitan sedang seronok bermain dengan kita. Engkau, engkau dan engkau, hati-hati! Ini perangkap yang syaitan pasang supaya kita terjerat dan akhirnya membawa kepada kelalaian.
Andai engkau tergolong dalam orang yang telah diberikan jalan untuk keluar dari landasan yang kau rasa betul sedangkan ia salah, maka jangan disiakan, walau perlu berhadapan dengan kekecewaan. Bersyukurlah atas rahmat dan kasihNya. Itu baru benar dijaga.
Aku, bersyukur yang tidak terhingga akan peluang yang telah diberikan ini. Ia bukan kekecewaan. Ia adalah kegembiraan. Ia adalah rahmat dan pertolongan padaNya kerana doa yang saban hari kita pinta.Aku ingin sekali membuka mata semua akan kebenaran yang selama ini dipadam. Aku harap aku punya kekuatan untuk sampaikan ini kepada mereka yang aku ingin sama-sama masuk ke syurga.
Tidak lupa juga,
Terima kasih buat yang jauh di sana.
Ini kesedaran yang amat bermakna sekali.
Tuhan berikan petunjuk melalui ujian kecil ini.
Moga Tuhan redha.