Selamat Hari Raya

Assalamualaikum wbt

Hari ke-28 puasa. Insya Allah lusa raya. Terasa sebak. Ini kali pertama aku benar-benar rasa sayu Ramadhan dah nak pergi. Rasa nak duduk je kat masjid dua hari ni. Minggu depan pula dah pulang kolej. Lebih awal daripada yang lain demi amanah yang telah diberi. Aku tahu hujan akan turun dalam bilik aku pada malam raya. Aku tahu aku akan homesick bila aku pulang semula minggu hadapan. Ironinya, Syawal yang menjanjikan kegembiraan bagi kejayaan menempuh puasa, hanya datangkan hiba kerana bermacam perkara duniawi.

Salam Lebaran aku ucapkan.
Segala khilaf harap diampunkan.