Assalamualaikum wbt
Julai sudah melabuh tirai, kini Ogos mengganti tempat.
Ramadhan juga bakal berkahir, memberi laluan untuk Syawal mengganti.
Oh, ini bukan pantun!
Ramadhan bulan refleksi. Bulan bagi anjakan paradigma. Bulan bagi terang mengganti kelam.
Sebenarnya tiap-tiap hari kita boleh buat refleksi dan muhasabah diri. Tak perlu pun menanti bulan Ramadhan untuk lakukan sebarang perubahan. Andai hari ini kita di bulan Muharram, hari ini jugalah kita patut laksanakan perubahan. Kerana waktu tidak menunggu. Mati juga tidak menunggu.
Namun, itulah dia istimewanya bulan Ramadhan. Kedatangannya dinanti untuk umat manusia melakukan amal yang mungkin tidak dilakukan pada bulan lain. Kehadirannya ditunggu-tunggu agar anjakan paradigma pada diri bisa mengambil tempat. Betapa mulianya ia, segala kebaikan ingin dilaksanakan dalam jangka masa 30 hari yang sangat singkat.
Perubahan itu mudah. Pertahankan itu yang susah.
Ramai yang berjaya melawan godaan dan keraguan dalam diri untuk menjadi orang yang lebih baik daripada semalam. Namun semakin pantas masa berlalu, ramai yang kecundang di jalan kebaikan dan menyimpang. Akhirnya mereka kembali semula kepada kejahilan. Jalan kebaikan itu seperti sudah kabur daripada penglihatan. Terabai.
Istiqamah.
Itu yang hilang.
Bila melakukan sebarang perubahan, pengorbanan itu sesuatu yang pasti. Bilamana manusia belum sanggup lagi meninggalkan sesuatu yang dikasihi atau diminati, atau belum sanggup meninggalkan kebiasaan yang menjadi punca kejahilan diri, maka istiqamah sukar sekali berlaku.
Bagaimana?
Lihat kembali pada matlamat perubahan kita. Untuk apa? Untuk siapa?
Ikhlas.
Ikhlaslah demiNya. Demi Sang Pencipta. Demi Allah.
Bila sesuatu dilakukan demi meraih redhaNya, maka pertolongan Dia akan datang dan urusan kita pasti akan terasa mudah. Pandangan yang serong dapat ditolak tepi tanpa ragu. Godaan syaitan durjana dapat kita buat tidak endah. Ujian dan cabaran dapat ditempuh dengan tabah. Yang baik itu terus terasa ringan. Yang buruk itu terasa berat sekali.
Semua orang mahu menjadi yang baik. Semua orang mahukan syurga sebagai kediamannya di akhirat kelak. Semua orang mahu jadi orang yang dikasihi Tuhan. Kerana ini adalah fitrah seorang hamba ciptaan Ilahi.
Maka kita harus perbetulkan niat di dasar hati. Bentuk semula matlamat dan tujuan utama hidup. Laksanakan perancangan bagi menyempurnakan jalan menuju redha Allah. Kuatkan iman serta tabahkan diri untuk menghadapi sebarang bentuk ujian dan dugaan. Jalan menuju kebahagiaan itu tiadalah lurus semata-mata, tiadalah lapang tanpa duri duka dan lara. Doa, doa, doa dan doa. Itu senjata kita. Gunakan dengan sebaiknya.
Kembalilah kepada fitrah.
Kekalkan dengan istiqamah.
Wallahuallam.