Assalamualaikum wbt
Hujan. Lebat sekali hari ini. Yang buat aku lena dibuai mimpi. Tidur bersama bantal peluk empuk yang banyak dan sehelai pashmina itu sudah menjadi habit. Belikan aku bantal peluk sewaktu hari lahir nanti. Itu pasti aku jadikan hadiah yang paling bermakna sekali.
Aku diajar, bahawa berdoa ketika hujan itu, amat mustajab. Kalau engkau mahu tahu, doalah cara terbaik untuk engkau sampaikan rindu. Pada yang Maha Kuasa, kita hamparkan tikar harapan. Moga doa itu dikabulkan. Kerana dalam doa itu, kita mohon yang baik-baik sahaja untuk yang dirindui. Dan kerana rindu itu, Dialah yang akan sampaikan.
Jadi, untuk hari ini. Hujan kali ini. Aku doa agar Tuhan berikan yang terbaik untuk hamba hina ini dan dikau yang aku rindui. Kerana keyakinanku akan segala perancanganNya yang begitu hebat, melebihi segala-galanya di dunia ini.