Be Strong lah!

Assalamualaikum wbt

Tempoh hari, kawan berkata,

" Lelaki jaga kata-katamu. Hati wanita ni rapuh. Mudah cair bila mendengar ayat yang menusuk jiwa."

Itu ayat yang dah di'translate'kan versi akulah.

Memang betul la pun apa dia kata.

Tapi...

Katamu hatinya rapuh.
Kataku oh perasan sungguh!
-.-'

Tolonglah. Janganlah biar diri jadi lemah hanya kerana sepotong ayat. Allah kan ada, kenapa tak mohon kekuatan daripada Dia? Engkau perasan sangat dengan ayat manis macamtu buat apa? Kalau ada, cepat-cepat singkir. Cepat-cepat buang. Jadilah wanita yang kuat. Sekeping hati yang rapuh itu bisa utuh dengan kekuatan dariNya. Jadi mohonlah pada Dia sebelum kecewa datang menjelma.

You are one strong lady.
Keep on being strong.