Legally Unfair

Assalamualaikum wbt

Akhir-akhir ni blog dah dipenuhi dengan segala macam karya agung orang yang kecewa mencari cinta. Oh, kau! Lemah sungguh!

Okee, ini last. Betul aku cakap.
Erm, insya Allah. Hehe.

"Tak ada peraturan dalam dunia ni kalau kita suka pada seseorang, seseorang tu kena suka pada kita balik."

Aku tengah belek-belek Tumblrlah kemudian aku jumpa ayat di atas ni. Adakah anda setuju atau tidak? Raise your hand and voice out your opinion. Eh no. Don't have to. Keep it in your heart, or your mind, or your diary, or your Facebook, or your Twitter, or your blog, or your Tumblr.

You know. There's never a guarantee that you will get anything that you want. Never. And when we talk about love, it's true that when you love someone, you're not necessarily going to be loved back by that same person. Bear with this fact.

However, as a Muslim, we have our way to interpret this 'unfairness' that always happens in our life.

Kembali kepada Islam. Kita ada cara kita untuk tolerate dengan ketidakadilan yang engkau rasa. Allah tak biarkan sesuatu perkara itu berlaku dengan sia-sia. 

".....It may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know." 

Surah Al-Baqarah,verse 216

Dan bila bercakap tentang soal cinta ni, engkau perlu rujuk surah An-Nur, ayat 26. Allah kata yang baik untuk yang baik, dan sebaliknya. Tengoklah pada diri sendiri apa yang tidak kena. Apa yang kurang. Yakin pada janji Allah yang itu, dan perbaiki diri engkau dahulu.

Arasso?
hehe.

Rileksla. Ini bukanlah tujuan utama hidup. Ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan. Sampai masa, it will happen.

"Kata mereka jodoh itu hadiah, hadiah kenalah surprise!"

 

August Wishes (II)

Assalamualaikum wbt

25 Ogos hampir tiba.

My wish?

Semoga diberi ketetapan hati dan kesenangan pada segala perkara yang terbaik dariMu.

And....

a DSLR and a new handphone.

Oh aku ini. Materialistik sungguh! Heh! =D




Be Strong lah!

Assalamualaikum wbt

Tempoh hari, kawan berkata,

" Lelaki jaga kata-katamu. Hati wanita ni rapuh. Mudah cair bila mendengar ayat yang menusuk jiwa."

Itu ayat yang dah di'translate'kan versi akulah.

Memang betul la pun apa dia kata.

Tapi...

Katamu hatinya rapuh.
Kataku oh perasan sungguh!
-.-'

Tolonglah. Janganlah biar diri jadi lemah hanya kerana sepotong ayat. Allah kan ada, kenapa tak mohon kekuatan daripada Dia? Engkau perasan sangat dengan ayat manis macamtu buat apa? Kalau ada, cepat-cepat singkir. Cepat-cepat buang. Jadilah wanita yang kuat. Sekeping hati yang rapuh itu bisa utuh dengan kekuatan dariNya. Jadi mohonlah pada Dia sebelum kecewa datang menjelma.

You are one strong lady.
Keep on being strong.  



IstanBLUES

Assalamualaikum wbt

"Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja"

- Yuna, Penakut
"All words are only approximations. 
 The real stuff is unspoken."

- Yasmin Mogahed
This is a constant battle.
But never a war.

Banyak yang ingin dikata,
Untuk menjelaskan segala perkara,
Tapi tiada mampu terucap semua,
Biarlah semuanya disimpan di dada.

Kita masih menyimpan impian yang sama bukan?
Istanbul.
Mungkinkah di sana kita kan bertemu?


Pengecut

Assalamualaikum wbt

Eh eh cencorot ni. Lintang-pukang lari laju menyorok bawah kerusi bila nampak aku.
Apa kau ada buat salah ke?


F.R.A.N.C.E.

Assalamualaikum wbt

Sahabat.
Keluarga kedua.
Family that you can choose.


" Kau nak minum apa? Oh takpe. Aku tahu. Teh tarik! "

* Senyum. Sengih *

Yang tahu apa minuman kegemaran kau.


" Nah nini, nak timun tak? "
" Nak! Nak! Nak! "

" Aku dah agak dah. Kau mesti nak beli yong tau foo. "
" hehe "

Yang tahu apa makanan kegemaran kau.


" Nini! Tengok ni! Baju putih! "

" Niniiiiiiii....... kau mesti suka kan kalau aku tunjuk nih. Kasut putih! "

 Yang tahu apa warna kegemaran kau.


" Weh, kau OK tak? Senggugut lagi ke? "

Yang ambil berat bila kau sakit.


" Tak apalah, Apa dah berlaku jadikan pengajaran. Lepas ni hati-hati, jangan berulang lagi. "

Yang tegur kau bila kau buat silap.


" Dia tu kawan aku dok. Aku sayang dia. Aku tak nak tengok dia sedih macamtu. Kesianla kat dia tu dok. "

Yang backup kau bila kau ada masalah walau tahu kau pun ada salah.


" Baliklah dulu. Tak apa. Aku lambat lagi ni. Kesian kau nak tunggu lama nanti. "
" Ala tak apa. Aku oke je. Aku tunggu. Aku tunggu. "

Yang sanggup temankan kau dalam apa jua pun keadaan.


" Waaaaaaa! Rindunyaaaaa kat kau! Bila lagi boleh jumpa nih? "

Yang rindukan kau bila lama tidak bersua.


" Nini, tak pakai stokin ke? "

" Nini, bangun. Dah solat Isyak belum nih? bangun bangun. Pergi solat dulu. "

Yang ingatkan kau untuk sentiasa patuhi suruhanNya.


" Insya Allah aku doakan engkau selalu. Jangan risau. "

Yang doakan engkau untuk segala kebaikan yang kau perlu.


Rindu. Teramat rindu.
Sahabat.
Teman.

F.R.A.N.C.E.
Friendship Remains And Never Can End

Terima kasih. I love you!




The New Door

Assalamualaikum wbt


Go to a new door.

Bang on it until it falls on the floor.

Step on it.

Reach the hands that welcome you.

Like what my adik told me:

"Get over it lah!"



When Blue Bird Stopped Tweeting

Assalamualaikum wbt

" Nini, lama dah tak nampak kau kat twitter"

" Dah lama dah delete"

" Eh, kenapa?"

" Tak bolehlaaaa. Bahaya"

It was quite a long time since I've deleted my twitter account. And then people kept asking me why. I was like "What's the big deal?"

" Ala sayang Nini dah delete twitter, kalau tak, dah boleh join conversation"

-.-'

People. Stop it.

I deleted my account because it had caused me too much procrastination. Instead of doing my piles of works on time, I delayed them and kept saying to myself that I still have the time! Until the moment I realized that I've spent HOURS tweeting and scrolling the timeline, then only I said to myself "Nini, STOP TWEETING! Go and get your work done. Dah tak banyak masa dah nih!" kat rumah ke, kat kolej ke, sama je. WORST bila aku start 'berburung-biru' dalam lecture hall. Langsung tak boleh fokus dah. Maka 1-2 jam berlalu dengan sia-sia.

And and and... another thing was, I tend to express almost everything on the twitter. Why? because I can tweet as much as I want without people bothering, and I know people will not be ought to comment on the statements made. They scrolled, saw my tweet, read it, and ignored it later. Paling-paling pun akan ada question mark dalam kepala mereka yang membacanya, macam " Why eh?".

"Tapi kalau delete twitter, kau boleh je cenderung luah kat Facebook banyak mana pun kau nak"

Alah, tipulah. Orang akan naik annoyed punya. Kalau dah ada depan depan, dah lama dah kena baling kasut. At least kat Facebook aku boleh lagi lah nak control. Nanti kang bila aku buat mesti ada yang komen " This is not twitter".

BURN! T.T

And and and... one last thing. Aku akan cenderung untuk salah faham dan fikir yang bukan-bukan bilamana aku nampak statement-statement yang mencurigakan. Statements (or tweets I supposed) that will trigger a little spark in my heart, straight to my mind, and cause me to start thinking of why, why and why. Overthinking will take over and ruins you. It ruined me. Hmmm hmmm hmmm.

Somehow, I turned them into my pieces of 'literature artworks' just to comfort myself that I've not yet gone too far. I don't always express what I feel directly. It will be in a language that only certain people could really understand. Kalau tidak memahami pun, they will understand them in their own pattern of interpretation. Lain orang, lain situasinya kan.

With Facebook, blog and Tumblr accounts, I thought, that's enough. Apa gunanya kau jadi seorang hamba kepada Tuhan jika bukan pada Dia kau luahkan segalanya?

I don't banned all these stuffs because I have them too. Lagipun, satu je pun akaun sosial yang aku delete. It's a good channel for you to express thoughts or whatever lies beneath your heart when you're dying to tell somebody about something but you don't want to because you are so 'shy-shy cat'. It's just that you need to know how to limit yourself and be careful with what you're posting because not all people will interpret and understand them in your way. They could misjudge the whole thing and tak pasal-pasal ada yang bermasam muka tanpa sebab yang munasabah.

Some people can control themselves very well.
I can't.




Fact: Ehem, walau bagaimanapun, kerja stalking Tikah dan Aiman Paku aku tetap jalankan dengan ketiadaan akaun burung biru kerana di stu, ada sesuatu yang lebih mudah untuk aku selami dan fahami tanpa mereka perlu memberitahu aku. They know about this. Haha





Oh Tidak!

Assalamualaikum wbt

Dalam diam, aku tahu ada yang setia membaca setiap tulisan yang ada di sini.
Tak sangka.

Komen adik aku: Blog kau melodrama sangat!

Terima kasih adik -.-'



Hujan Kali Ini

Assalamualaikum wbt

Hujan. Lebat sekali hari ini. Yang buat aku lena dibuai mimpi. Tidur bersama bantal peluk empuk yang banyak dan sehelai pashmina itu sudah menjadi habit. Belikan aku bantal peluk sewaktu hari lahir nanti. Itu pasti aku jadikan hadiah yang paling bermakna sekali.

Aku diajar, bahawa berdoa ketika hujan itu, amat mustajab. Kalau engkau mahu tahu, doalah cara terbaik untuk engkau sampaikan rindu. Pada yang Maha Kuasa, kita hamparkan tikar harapan. Moga doa itu dikabulkan. Kerana dalam doa itu, kita mohon yang baik-baik sahaja untuk yang dirindui. Dan kerana rindu itu, Dialah yang akan sampaikan. 

Jadi, untuk hari ini. Hujan kali ini. Aku doa agar Tuhan berikan yang terbaik untuk hamba hina ini dan dikau yang aku rindui. Kerana keyakinanku akan segala perancanganNya yang begitu hebat, melebihi segala-galanya di dunia ini.



Selamat Hari Raya

Assalamualaikum wbt

Hari ke-28 puasa. Insya Allah lusa raya. Terasa sebak. Ini kali pertama aku benar-benar rasa sayu Ramadhan dah nak pergi. Rasa nak duduk je kat masjid dua hari ni. Minggu depan pula dah pulang kolej. Lebih awal daripada yang lain demi amanah yang telah diberi. Aku tahu hujan akan turun dalam bilik aku pada malam raya. Aku tahu aku akan homesick bila aku pulang semula minggu hadapan. Ironinya, Syawal yang menjanjikan kegembiraan bagi kejayaan menempuh puasa, hanya datangkan hiba kerana bermacam perkara duniawi.

Salam Lebaran aku ucapkan.
Segala khilaf harap diampunkan.




Goodbye Cats

Assalamualaikum wbt

When Abi said he was going to 'buang' all of the cats in the house, we never thought that it was really going to happen because Abi has spoken about this matter for countless times! Well, it did happened. Today. 

But instead of putting them at the 'pasar', we handed all of them to the registered cat care center. At least they are assured to be taken care by the center committee members who have volunteered themselves to take good care of them in terms of all the aspects: hygiene, food, drinks, attention and social. 

Me and Maya were not at home when the cats were handed to the representative of the center. Saibah texted Maya, telling us that Ummi could no longer hold her tears when she saw that. We all know Ummi is a cat-lover. We all know Ummi love all of the cats so much. They were like her babies since all of us has grown up. 






The table conversation during the breaking fast today was all about these cats. Because they've been with us for so long, and when they're gone, it's like you could see them in every places in the house.

We watch you grow up day by day. From a kitten to a cat. I am very very sorry for my harshness whenever you poo on my bed, when you stole the fish on the table, when you make a mess on the sink, or when you pee on the pillows and on clean clothes. Yes, you did get me mad sometimes! Eh? Lots of times! But somehow you managed to win my heart and I cannot resist yoooouuuu, especially Gebu. hehe

Well, it's time to let you go to someone who can really really take good care of you and bear with you. We've tried our best and we'll definitely be missing all of you so so much! 

Mushi, Wan Gebu, Wan Ai, Panda and Pindi.




Friends 'til The End


Assalamualaikum wbt


Friends since standard 2. We've been through almost everything together. We used to have the plans for this and that, but as we grew up, things changed, and so do the plans. Distance gets larger with different place and field of study, but never ever in our heart. 
Insya Allah, for the sake of Allah. May this friendship last, forever!


Italian Soft Roll

Assalamualaikum wbt

Ummi's request which has been delayed for quite some time. hehe. Sorry ummi! But, here you go. It was a simple soft roll recipe, but I egg-washed the surface and sprinkled some Italian herbs on it just to give it a little bit of twist.



Oh well, it turned out fine although it was not as GOLDEN as I expected. I'd probably set the temperature too high, but hey, the taste was quite OK la for an amateur like moi! Hehee. Alhamdulillah =)



A Father's Fear

Assalamualaikum wbt

An answer worth waiting.
Finally.

"Abi is holding responsibilities for her 5 daughters, not sons. It is a very big responsibility Zinneerah! It is not easy to let go of her daughters to someone else, and Abi is not ready yet to do so. As a father, he MUST set his ego high and be strict and critical in choosing the right man for his daughters. We don't want all of you to be like us. We don't want you to feel the pain and hardships to struggle with life. The pain when everything is not stable, and when everything is totally uncertain. And that's also the reason why Abi is working very hard now to earn extra money and save them for all of you. At least if there's something bad happens in the future, or when we're no longer exist, we have something worth it to be left and to help you."



        

Di Sebalik Ramadhan

Assalamualaikum wbt

24 Ramadhan 1434H
Ini apa yang ku perhati sepanjang Ramadhan.

*                          *                             *

Setiap kali dalam perjalanan ke Masjid Sultan Sulaiman Klang mahupun pulang daripadanya, hampir setiap kali itulah aku akan ternampak seorang lelaki tua ini. Kadang-kadang, jika tak ke masjid pun, andai aku melalui jalan itu, aku tetap akan selalu terserempak dengannya. Pagi, petang mahupun malam. Ada waktu aku lihat dia sedang dalam perjalanan menuju ke masjid, ada waktu aku lihat dia baru pulang daripada masjid.

Dia mungkin hanya seorang warga emas biasa. Seperti orang lain juga, gigih mengerjakan ibadah. Apatah lagi di usianya yang tampak sudah lanjut, ajal akan tiba tidak mengira masa. Namun apa yang buat aku lihatnya dengan pandangan yang berbeza, kerana dia bergerak dengan hanya kerusi rodanya.

Aku andaikan kakinya tidak lagi kuat. Mungkin cedera. Mungkin juga sudah lumpuh. Namun dia tidak langsung mengharap bantuan orang lain untuk dia bergerak ke sana ke sini sedangkan dia boleh sahaja meminta bantuan sesiapa untuk tumpangkan dia. Kerajinan dan kegigihan yang terserlah demi mendekatkan diri denganNya biarpun dirinya kurang upaya, membuatkan aku rasa kagum walaupun tidak aku kenal siapakah dia. Moga Allah redha dan berkati usahanya. Moga dia diberi ganjaran pahala daripadaNya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Insya Allah.

*                         *                           *     

Di situasi yang lain, setiap kali usai menunaikan solat tarawih di masjid yang sama, akan ku perhatikan seorang anak kecil ini. Perempuan. Comel sahaja. Genit-genit badannya. Dia tidak pula ikut bermain dengan kanak-kanak yang lain tatkala orang lain sedang beribadah. Sebaliknya dia duduk diam sahaja berdekatan dengan meja yang diletakkan juadah moreh. Bilamana orang selesai sahaja menggunakan cawan yang disediakan, dialah yang akan basuh dan susun semula cawan-cawan tersebut di atas talam.

Aku tanya adik aku:" Siapa dia?"

Jawabnya:" Dia anak kepada orang yang sediakan moreh ni. Baik kan dia?"

Subhanallah! Aku pasti dia telah dididik dengan baik oleh ibu dan bapanya. Tidak ternampak langsung pun wajah yang memberontak. Terpancar ketaatannya pada wajahnya. Ayu dan comel sahaja. Aku kagum kerana kebanyakan kanak-kanak di usianya ini, mungkin sudah mula melawan dan enggan membantu menguruskan kerja ibunya. Insya Allah, kini dan kelak dia adalah anak yang solehah. Moga Allah redhai dia dn berikan ganjaran pahala. Insya Allah.   

*                         *                           *      

Di sebalik Ramadhan, ada mesej lain yang sedang cuba disampaikan. Kebanyakan waktu, kita terlepas pandang perkara yang baik dan hanya memandang pada perkara yang buruk semata. Kita hanya perlu memberi lebih tumpuan pada perkara yang berlaku di sekeliling kita walau sekecil mana pun ia. Perhatikanlah dengan teliti dan engkau akan jumpa.



Demi Fitrah, Aku Istiqamah

Assalamualaikum wbt

Julai sudah melabuh tirai, kini Ogos mengganti tempat.
Ramadhan juga bakal berkahir, memberi laluan untuk Syawal mengganti. 
Oh, ini bukan pantun!

Ramadhan bulan refleksi. Bulan bagi anjakan paradigma. Bulan bagi terang mengganti kelam.

Sebenarnya tiap-tiap hari kita boleh buat refleksi dan muhasabah diri. Tak perlu pun menanti bulan Ramadhan untuk lakukan sebarang perubahan. Andai hari ini kita di bulan Muharram, hari ini jugalah kita patut laksanakan perubahan. Kerana waktu tidak menunggu. Mati juga tidak menunggu.

Namun, itulah dia istimewanya bulan Ramadhan. Kedatangannya dinanti untuk umat manusia melakukan amal yang mungkin tidak dilakukan pada bulan lain. Kehadirannya ditunggu-tunggu agar anjakan paradigma pada diri bisa mengambil tempat. Betapa mulianya ia, segala kebaikan ingin dilaksanakan dalam jangka masa 30 hari yang sangat singkat. 

Perubahan itu mudah. Pertahankan itu yang susah.

Ramai yang berjaya melawan godaan dan keraguan dalam diri untuk menjadi orang yang lebih baik daripada semalam. Namun semakin pantas masa berlalu, ramai yang kecundang di jalan kebaikan dan menyimpang. Akhirnya mereka kembali semula kepada kejahilan. Jalan kebaikan itu seperti sudah kabur daripada penglihatan. Terabai.

Istiqamah.

Itu yang hilang.

Bila melakukan sebarang perubahan, pengorbanan itu sesuatu yang pasti. Bilamana manusia belum sanggup lagi meninggalkan sesuatu yang dikasihi atau diminati, atau belum sanggup meninggalkan kebiasaan yang menjadi punca kejahilan diri, maka istiqamah sukar sekali berlaku.

Bagaimana?

Lihat kembali pada matlamat perubahan kita. Untuk apa? Untuk siapa? 

Ikhlas.

Ikhlaslah demiNya. Demi Sang Pencipta. Demi Allah.

Bila sesuatu dilakukan demi meraih redhaNya, maka pertolongan Dia akan datang dan urusan kita pasti akan terasa mudah. Pandangan yang serong dapat ditolak tepi tanpa ragu. Godaan syaitan durjana dapat kita buat tidak endah. Ujian dan cabaran dapat ditempuh dengan tabah. Yang baik itu terus terasa ringan. Yang buruk itu terasa berat sekali.

Semua orang mahu menjadi yang baik. Semua orang mahukan syurga sebagai kediamannya di akhirat kelak. Semua orang mahu jadi orang yang dikasihi Tuhan. Kerana ini adalah fitrah seorang hamba ciptaan Ilahi.

Maka kita harus perbetulkan niat di dasar hati. Bentuk semula matlamat dan tujuan utama hidup. Laksanakan perancangan bagi menyempurnakan jalan menuju redha Allah. Kuatkan iman serta tabahkan diri untuk menghadapi sebarang bentuk ujian dan dugaan. Jalan menuju kebahagiaan itu tiadalah lurus semata-mata, tiadalah lapang tanpa duri duka dan lara. Doa, doa, doa dan doa. Itu senjata kita. Gunakan dengan sebaiknya.

Kembalilah kepada fitrah. 
Kekalkan dengan istiqamah. 

Wallahuallam.