Assalamualaikum wbt,
Sedang aku memandu ke Bazar Ramadhan tempoh hari, di kejauhan aku dapat lihat orang ramai berkerumun seolah-olah sedang menyaksikan sesuatu.
What a familiar scene.
Saat aku melalui orang ramai itu, kelihatan seorang pakcik tua sedang mengawal lalulintas dan turut kelihatan juga seperti sekujur badan di atas jalan, barangkali sedang menahan kesakitan.
Aku dengan segera palingkan muka. Tidak sanggup melihatnya. Kerana ingatan aku terus kembali pada kemalangan yang terjadi pada rakan seperjuangan.
Itu, saat yang paling menakutkan bagi aku.
Aku masih ingat felo menerima panggilan dan terus memaklumkan tentang kemalangan tersebut. Betapa hati kami yang sedang teruja menunggu ketibaan rakaan kami, berubah 360 darjah, berdegup deras membimbangkan keadaan mereka.
Aku masih ingat sewaktu kami menghampiri kawasan kejadian. dari jauh kelihatan orang ramai sedang berkerumun, dan kami lihat dua tubuh bertshirt program yang sedang terbaring di tepi jalan. Saat itu kami tahu, itulah mereka!
Ya, pemandangan itu, sama seperti yang di atas.
Aku masih ingat sebaik kereta diberhentikan, terus kami berlari ke tempat kejadian di seberang untuk melihat keadaan mereka berdua.
Aku masih ingat wajah mereka menanggung kesakitan yang tidak terperi sambil ditenangkan seorang lagi rakan sementara menunggu ambulans sampai.
Aku masih ingat setibanya aku di hadapan mereka, menggigil seluruh badan ini kerana tidak pernah berhadapan situasi sebegini. Dan aku pun tidak pernah menggigil sebegitu rupa. Laju air mata melimpah kerana aku tidak tahu apa perlu dibuat, panik, rasa tidak berupaya sebagai ketua dan beratnya hati melihat mereka menanggung kesakitan. Sedangkan baru sebentar sahaja sebelum itu, aku berjumpa mereka dalam keadaan ceria dan senyum keduanya.
Saat yang paling meruntun hati sehingga kami terpaksa dibawa pulang dahulu untuk bertenang.
Kini semakin sembuh keduanya walau masih perlu mengambil masa. Tiada antara kami mahu mengingati apa yang telah terjadi. Aku doakan semoga keduanya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
Syafakallah.