Antara Pil dan Aku

Assalamualaikum wbt

Tempoh hari, 

Selesai sarapan, 2 biji supplement aku readykan untuk telan. Ada air teh ready secawan, nak buat telan pil.



Sebiji aku ambil, letak dalam mulut, minum air, telan.

Beberapa saat kemudian aku muntahkan semula ubat tu. Terbatuk-batuk, lalu dipandang sahaja ubat tu. Mengeluh sendiri.

And now I remembered the ultimate reason of why I'd always rejecting pills. Mengeluh lagi. 

Sebenarnya, aku baru nak bermula semula dengan habit baru ni. Sebelum ni aku berhenti daripada makan supplement vitamin C sebab terpengaruh dengan 'nasihat' kawan aku yang katanya "Sebelum makan kena consult dengan doktor dahulu, sebab kita tak tahu keperluan badan kita ni berapa, entah-entah terlebih vitamin C. Kan ada mudarat." So lepas habis sebotol, aku dah tak beli lagi. Takut punya pasal. Padahal Abi yang belikan dulu sejak sekolah menengah sebab aku selalu selsema, batuk, demam yang datang tiba-tiba, pergi pun tiba-tiba. Even dekat rumah pun adik-adik amalkan perkara yang sama. Tak ada apa pun yang mudarat setakat ni.

Umum mengetahui bahawasanya aku adalah anti-ubat pil yang sejati, terutamanya panadol. Aku siap sorok ubat bawah bantal sebab tak nak makan. Ye, scene-scene gadis sakit yang degil sorok ubat bawah bantal serta buang dalam tong sampah tu aku benar-benar buat dalam realiti. Hahaha. Kononnya nak elak long-term effect makan ubat pil (kidney residue bla bla bla), dan sebab aku memang susah nak menelan ubat pil terutamanya yang bersaiz XXL. Macam Abi.

Ini juga punca kenapa aku berhenti makan supplement VCO (Virgin Coconut Oil) yang aku pernah amalkan sekejap dulu. Lagi-lagi kalau kena telan dengan air kosong sahaja. Lagilah tak tertelan. Air aku minum, pil aku muntahkan. Kalau air manis pun belum tentu, inikan pula air kosong. Sekali lagi, ini juga macam Abi. Dan aku sememangnya sentiasa hairan dengan golongan yang mampu menelan ubat tanpa air. Tak tercekik ke?

Tapi itu dululah. Sekarang dah tak cukup sejati kerana senggugut yang sentiasa menyerang, dan ketidaktahanan menanggung bila selsema teruk menyerang, kena srot srot dalam kelas, hidung sumbat waktu tidur, kepala berat, lalu akhirnya aku akur sahaja dengan pil. So sejak itu, aku haruslah kental dan redah sahaja selepas kena ceramah dengan doktor. Sudahlah tengah sakit, lagi dimarahinya. Sabar jelah. Tapi ada waktu yang aku boleh tahan tu, aku tahanlah.

Hari ini alhamdulillah aku masih amalkan makan supplement ni despite of the first bad experience after quite a long time. Tapi, aku telan dengan kopi. Semalam aku telan dengan vico. Kelmarin aku telan dengan air teh. Hari sebelum tu, aku cuba lagi telan dengan air kosong, tapi tak berjaya. Jadi air kosong tu aku bancuhkan sedikit dengan kordial oren tanpa gula, semata-mata nak bagi ada rasa. Lama-lama aku fikir, ini semua psikologi je ni a.k.a mengada-ngada. Tetapi walau bagaimana gigihnya aku betulkan mindset aku ni, pil tu tetap tak boleh ditelan tanpa air manis bersama. Hoho.

Harapan aku untuk jangka masa panjang: aku cuma harap tak ada side effect bila consume dengan minuman manis. Lagi-lagi kopi tu. >.<

By the way, adik-adik dah mula jalankan kempem boikot kopi terhadap aku disebabkan kedegilan aku untuk kurangkan jumlah pengambilannya. Cis!