Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, 6 bulan praktikal dah pun tamat dengan jayanya Jumaat lepas. Awal pagi aku mengemas barang-barang sedia untuk bawa pulang sejurus selepas habis kerja. Kemudian aku duduk sebentar. Berpandangan dengan rakan sepraktikal aku. Masing-masing ada senyum di bibir. "Ingat lagi waktu hari pertama balik daripda kerja, kita kata baruuuuu habis satu hari". Dan hari ini 6 bulan itu bakal berakhir. To be exact, sebenarnya 6 bulan seminggu, sebab company extend seminggu memandangkan cuti Raya Cina dan Aidilfitri tak dikira.
Pagi tu aku pergi ke kerja dengan senyuman yang lebar, extra manis (eh?), sambil pasang lagu raya, just because it is the last day. Hihi. The day that have been waited for so long. Sampai-sampai je office, penuh semangat aku ucap Zao An (selamat pagi) dekat Uncle driver lori yang kerja di situ.
So at last, my semester break starts!
Cuti semester kali ini baru benar-benar rasa macam cuti. Aku cuba merajinkan diri di rumah memandangkan cuti-cuti yang dahulu memerlukan aku pulang kolej awal bagi komitmen tugasan yang telah diberi. Hujung minggu juga bukan selalu aku dapat pulang ke rumah. Kalaupun aku dapat pulang, aku guna sepenuhnya untuk rehat. Jadi kali ini, aku azam untuk manfaatkan sebaik mungkin.
Semalam, kerana craving yang sudah lama dan kerajinan yang tiba-tiba datang, maka terhasillah bubur kacang merah dan longan (and sago bits). Disebabkan Ummi kata sedap, jadi aku benar-benar yakin bubur ini menjadi dengan jayanya! Alhamdulilllah! Yeay!

Sebenarnya aku tengah cuba sebaik mungkin bantu Ummi uruskan rumah, because I know, sepanjang kami adik-beradik tak ada kat rumah, segalanya kurang terurus kerana Ummi sibuk dan penat bekerja. To know that Ummi is soooo glad that we are at home is a joy for me and the rest of us.
Okeh! Kita tengok esok-esok kerajinan ni maintain atau tidak. Hopefully yes, hiks!