Coretan Cliche Buat Ummi, Buat Abi

Assalamualaikum wbt

Tiba-tiba,
Memori lalu datang menjengah,
Satu per satu.

Ingatkan Abi,
Ingatkan Ummi.

Susah payah mereka,
Tidak mereka peduli.
Susah payah aku,
Sentiasa mereka kasihani.
Tidak pernah ditinggalkan,
Walaupun berjauhan.
Mereka sentiasa ada,
Walaupun tidak bersama.

Ingin sahaja aku cerita satu per satu
Segala payah perit yang telah dilalui.
Namun untuk apa?
Orang lain pun susah sama.

Ampun,
Banyak kekecewaan yang aku berikan,
Berbanding dengan kegembiraan.
Meski engkau sentiasa terima selagi aku telah usaha,
Namun aku tetap rasa hampa.

Biarlah nanti,
Ummi Abi,
Akan aku tunaikan janji,
Selagi mana terdaya oleh diri.

Mungkin sahaja coretan ini tampak biasa
Cliche di pandangan mata yang membaca
Tetapi inilah yang aku termampu
Untuk menzahirkan rasa rindu.

Salam sejahtera Ummi Abi,
Moga Allah sentiasa rahmati.