Oh Muslimah

Assalamualaikum wbt...



Muslimah - Nazrey Johani

Ini antara lagu favourite aku :)
Setiap kali aku dengar lagu ni, sentiasa akan ada rasa kedamaian dan ketenangan. Baik pada liriknya mahupun muziknya. Setiap kali dengar lagu ni, mesti akan rasa bahagia yang teramat dalam hati ni. Setiap bait lagu ini adalah peringatan buat diri aku.... yang aku bertuah dilahirkan dalam keluarga yang Islam...... yang aku bertuah dilahirkan sebagai seorang Muslimah.
Alhamdulillah.

Mendapat didikan yang aku kira cukup baik daripada Ummi dan Abi serta ahli keluarga yang lain, aku sebenarnya sangat bertuah walaupun pada pertengahan usia remaja aku, haluan yang aku pilih agak berbeza dengan yang kini. Aku percaya, rakan dan keadaan sekeliling sememangnya menjadi pengaruh terhadap aku.

Sedang orang lain masih tercari-cari ke mana arah tuju mereka,  
Terkapai-kapai mencari cahaya untuk dikeluarkan daripada lemas kegelapan, 
Aku sudah tahu ke mana arah tujuku,
Aku sudah jumpa cahaya untuk aku ikuti,
Itulah akhirat yang kekal abadi.
Sering aku lihat : " Dunia itu bekalan, Akhirat itu kehidupan"
Tepat sekali!
Dunia ini hanyalah tempat persinggahan, untuk mengumpul seberapa banyak bekalan yang baik, untuk kehidupan yang juga baik di akhirat nanti. Insya Allah.

Dan sebagai seorang Muslimah,
aku sedar bahawa peranan aku besar dalam membawa agama Islam ke dalam hidup aku dan hidup manusia yang lain.
Walau bagaimanapun, aku belum punya kekuatan untuk berdakwah ke sana ke sini.
Ilmu aku juga tidak tinggi untuk disampaikan kepada orang lain.
Akhlak aku juga tidak sempurna untuk mentarbiyah orang lain.
Apa yang aku lakukan.... hanyalah semampu aku.

Jadi aku mulakan dengan diri aku sendiri.
Tarbiyah diri, perbaiki akhlak, tuntut ilmu sebanyak yang mungkin, untuk menjadi wanita solehah yang Allah redha dan kasih. Pada waktu yang sama, menarik seberapa mampu orang dalam hidup aku, untuk turut sama menyusuri jalan tarbiyah, turut sama mencari redha Allah, demi satu matlamat yang sama :
 Jannatul Firdausi

Moga aku diberi kekuatan untuk terus istiqamah tingkatkan amalan.
Moga anda, anda, dan anda, wahai Muslimah yang dikasihi, 
diberi juga kekuatan untuk turut sama berjuang.
Insya Allah.