Assalamualaikum wbt
Harini aku habiskan masa di perpustakaan UPM. Lega. Seronok.
Sebab at least adalah juga kerja aku dapat diselesaikan, daripada aku duduk kat bilik, beriya berazam nak buat kerja, tapi tak terbuat pun. Katil dekat sangat kan. Bila-bila masa boleh landing atas dia. Hahaha
Sebenarnya, disebabkan aku sibuk dengan kelas dari Isnin sampai Jumaat, jadi aku nekad untuk gunakan hari Sabtu dan Ahad dengan sepenuhnya. Kalau tak bila lagi?
Assignment dengan lab report dah beratur panjang walaupun baru minggu ke-3, tapi satu apa pun tak tersiap lagi. Semuanya bertindan-tindan. Aku pun dah confuse. Blerrgghh.
Tapi tak apa, tu cabaran akulah jadi mahasiswa. Aku kenalah hadap.
Jadi pelajar sekolah pun sibuk, ni kan pulak dah masuk U.
Seronok juga sebenarnya. Sibukkan diri dengan kerja, dengan aktiviti, sekurang-kurangnya aku tak adalah duduk melangok je dalam bilik, guling-guling atas katil. Aku belajar perkara baru. Aku dapat ilmu baru.
Yang bestnya, aku akan reward diri aku lepas penat bekerja, atau bila ada satu kerja dapat diselesaikan.
Tak kisahla, tidur ke, online ke, update blog ke, berguling atas katil ke, makan ke.... Baru nikmat!
Best kan macamtu kan? :)
* * *
Last week, aku bangun je daripada tidur, tengok-tengok atas meja ada surat.
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
Belum lagi selesai dengan task lain, dah dapat lagi satu task baru.
Oke sebenarnya, kitorang dah dimaklumkan awal-awal dah pasal ni. Tapi bila dah dapat surat tu baru terasa ada berat yang ditambah di bahu.
Sekali lagi..... tak apa.
Ada orang lagi sibuk.
Aku dah kata pada diri aku sendiri, yang aku nak timba ilmu dan pengalaman. Dan ini..... akan aku manfaatkan sebaik mungkin insya Allah. Moga Allah ikhlaskan hati dan permudahkan aku dan mereka yang turut sama serta dalam urusan ni, dan moga Allah redha dengan apa yang lakukan ini. amiin :)
Harini aku habiskan masa di perpustakaan UPM. Lega. Seronok.
Sebab at least adalah juga kerja aku dapat diselesaikan, daripada aku duduk kat bilik, beriya berazam nak buat kerja, tapi tak terbuat pun. Katil dekat sangat kan. Bila-bila masa boleh landing atas dia. Hahaha
Sebenarnya, disebabkan aku sibuk dengan kelas dari Isnin sampai Jumaat, jadi aku nekad untuk gunakan hari Sabtu dan Ahad dengan sepenuhnya. Kalau tak bila lagi?
Assignment dengan lab report dah beratur panjang walaupun baru minggu ke-3, tapi satu apa pun tak tersiap lagi. Semuanya bertindan-tindan. Aku pun dah confuse. Blerrgghh.
Seeee??! |