Assalamualaikum wbt
Ku sangkakan kau serendah bukit di belakang rumah
Rupanya kau setinggi gunung yang di Sabah.
17 Mac 2013.
Alhamdulillah, hajat nak naik Bukit Broga sejak sem 1 dah pun tercapai =)
Ye, memang aku ingatkan Broga tu rendah je, sebab tu aku beriya sangat nak pergi. Rupa-rupanya tinggi macam mendaki gunung! Penat hui! -.-
Bila kata :
"Kita bertolak 4.30 pagi"
Aku macam... serius???
Dan begini responnya:
"Dah kau kata nak tengok sunrise!"
Oh.
Baik. Aku akur.
Tapi betulla, kalau tak nanti tak sempat.
So, pagi tu aku, Najie dengan Tikah bangun seawal 3.30 pagi, sebab kami jugak yang kena sediakan sarapan. Mengantuk memang mengantuk. Tapi gagahkan diri jugak nak bangun. Nanti berlapar pulak kat atas bukit tu nanti. Sandwich je. Tak perlu mewah-mewah.
Pagi tu, semua kumpul di Kolej 13. Dah cukup semua, barulah kitorang gerak, dalam nak dekat pukul 5 jugak dah waktu tu. Dari UPM ke Broga tak makan banyak masa pun. Dalam 30-45 minit je kami dah sampai.
Sebenarnya, waktu dah nak sampai Broga tu, dari jauh dah boleh nampak bukit tinggi yang ada lampu-lampu warna putih. Tau tak itu apa? Itulah Broga! Lampu-lampu tu datang dari orang yang sedang mendaki. Cantik! Tapi memikirkan tingginya bukit tu..... semangat aku jatuh sedikit. Urgh. Aku bukanlah orang yang suka aktiviti lasak begini. Tapi dah alang-alang sampai kan, baik teruskan sampai ke puncak!
Sungguh, perjalanan nak naik ke atas sana bukan semudah yang aku sangka. Penat dan teramat-amat penat! Mungkin sebab stamina aku memang rendah. tengah-tengah tu aku dah tak larat, jadi aku minta berhenti kejap. Aku rasa, kalau semangat tak kuat ni, aku dah lama turun balik. Serius aku cakap. Haih.
Tikah:
"Nafas pelan-pelan. Jangan tarik nafas laju-laju. Nanti terasa penatnya."
Yang orang depan tak habis-habis cakap
"sikit lagi, sikit lagi, nak sampai dah!"
Okeh, tenaga ada lagi, aku guna sehabis mungkin. Hehe
Tengah perjalanan tu kami berhenti sekejap untuk tunaikan Solat Subuh. Aku anggap ini sebagai satu perkara yang sangat indah bagi aku, sebab dapat
solat jemaah bersama beralas tikar, dengan debu-debu dan pasir, dengan suasana yang sedang berangin, dengan lampu-lampu oren di bawah sana yang tampak berkelipan dari atas, ditambah dengan pemandangan samar-samar bukit-bukau di sekeliling, bersama langit yang kian menerang. Subhanallah.... sangat sangat indah!
Lepas solat Subuh, perjalanan diteruskan. Puncak pertama dah nak dekat dah dengan tempat kami berhenti untuk solat. Dan aku.... adalah orang yang sangat bertuah sebab dapat lihat matahari naik dengan perlahan-lahan. Alhamdulillah. Subhanallah. Seronoknya, tak terkata!
Zia sempat tegur: " Puas??"
Ye, aku dengan riangnya jawab: " PUAS!" heeee.... =D
Sebenarnya... entah macamane, aku tertinggal bila tengah seronok ambik gambar di puncak pertama. Pada waktu yang sama, aku sebenarnya menunggu Najie naik sebab dia kat belakang aku waktu dah nak sampai puncak. Bila toleh belakang, tak ada siapa pun yang aku kenal. Aku jenguk-jenguk juga ke bawah, takut Najie tak sampai lagi, pun tak ada jugak!
Aku kira..... memang betul la aku dah tertinggal nih. Diorang tak perasan la kot. Haih. -________-
Jadi, aku teruskan berjalan ke puncak kedua, berharap diorang ada kat situ. Mulut kumat-kamit lafaz tasbih Nabi Yunus. Aku yakin dengan itu. Sebab itu yang banyak membantu aku setiap kali datangnya susah. Percayalah!
Sesampai sana, pun tak ada jugak! Sampailah ke puncak entah ke berapa, aku berhenti, duduk dan hampir break down. Letih tau! Dahla berjalan seorang dengan hanya kamera di tangan. Handphone dengan beg semua kat diorang.
Hampir give up, nak turun balik sendiri, tapi aku tak nak. Jadi aku nekad nak cari jugak diorang. Since ramai yang pakai oren haritu, so aku aim hanya dekat baju berwarna oren. Dengan harapannya, jumpalah diorang. Dari puncak aku berdiri waktu tu, dengan ketiadaaan cermin mata untuk aku tengok dari jauh, tiba-tiba aku nampak samar-samar warna oren-oren. Dengan kamera yang aku ada, aku on dan zoom kan ke arah tu. Tau apa yang aku nampak?
AIMAN!!!
Ye, dia salah seorang yang pakai baju oren haritu. Dan daripada dia, aku nampak ada mereka yang lain. Seronoknya sangat tak terkata! Lega! Macam orang sesat yang dah jumpa jalan pulang. Macamtulah rasanya. =)
Syukur yang tak terhingga. Langkah aku terus laju bergerak ke puncak yang satu lagi.
Sesampai sana....
"Eh Nini! Mana kau pergi tadi??". Eh? Bukan ke patut aku yang tanya. heh! -.-
But alhamdulillah, Allah bantu dan aku jumpa jugak akhirnya =)
Sebenarnya, ada satu lagi puncak tapi aku dah betul-betul tak larat
nak naik. Tinggal aku dengan Mine je kat situ, yang lain gerak naik
atas. Puncak tertinggi Bukit Broga!
|
Mereka dah sampai dekat puncak tertinggi Broga. Insya Allah, rezeki aku lain kali, sebab itulah ini aku panggil Broga 1.0! |
Dan, on the way turun bukit........
Kepenatan dan kepuasan. Dapat naik bukit, nikmati keindahan alam yang diciptaNya, bersama-sama dengan kawan-kawan, itu... sudah cukup berharga. Pengalaman baru. Alhamdulillah. Insya Allah, lepas ni ada Broga 2.0, memandangkan aku belum sampai kat puncak tertinggi, dan Lina pun tak ada lagi kesempatan nak ikut. Bila? Masa akan beritahu. hehe =)