Positif #3: Terima Kasih!

Assalamualaikum wbt

Terima kasih!

Pada akak yang kayuh basikal pagi-pagi untuk ke kerja, pada makcik yang selalu rajin cucikan tandas dan susunkan kasut selipar kami di luar dengan penuh senyuman, pada pakcik pekebun yang gigih menjaga pokok dan menyiramnya setiap hari, pada abang yang rajin menyapu dan 'blow' daun-daun kering di tepi jalan, pada tuan polis bantuan yang sentiasa bantu berhentikan kereta untuk bolehkan kami lintas jalan, dan pada mana-mana 'unsung heroes' yang sentiasa dipandang sebelah mata.

Terima kasih!

Pada sekumpulan lelaki budiman, yang pabila ada gadis datang duduk di meja sebelahnya, dikibas-kibaskan tangannya agar asap daripada vape itu tak terkena ke gadis-gadis itu. Lalu menyedari hakikat bahawa ianya tak dapat dielakkan, mereka lantas bangun dan beredar agar gadis-gadis tidak berasa tidak selesa.

Moga-moga diberikan hidayah dan sentuhan kalbu agar tergerak untuk meninggalkan amalan vape yang tidak bermanfaat, agar menjadi budiman yang sempurna dan sebenar-benarnya.

Terima kasih semua!

Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh kita teladani, hanya sahaja kita mahu melihatnya sebagai sesuatu yang baik dan positif.