Perhitungan

Assalamualaikum wbt

Aku kira umat sejak adanya internet ini akan lebih banyak hitungannya di akhirat nanti lantaran banyaknya perkara yang telah ditulis dan dikongsi.

Hitungan samada ianya bermanfaat atau tidak.
Hitungan samada melanggar syariat atau tidak.

Aku kira ramai juga tidak sedar bahawa setiap perkongsian dan penulisan alam maya itu adalah sebuah seruan, dan kita akan dihitung, adakah kita juga turut melakukan yang sama, atau sekadar berkata kosong sahaja.



Keep Calm

Assalamualaikum wbt

It is so hard to stay rational and be calm when you know, by nature, you are a very emotional person. But I know a rage can't solve a problem or a heart disturbance. I know at this age of mine, things can't be solved emotionally. Calmness is essential so that you can think wisely and words would not harm anyone. I am trying very very hard and I'm proud of those times that I have successfully overcome.  


Positif #4: Hope

Assalamualaikum wbt

She had this way
of always finding the good and
believing in everything
despite all that
she had seen. And
that is what I loved the most -
the pure magic
of her undying hope.
- Becca Lee

There is still so much hope.
In this little fragile heart.
That was broken few times,
But made the way to be built again,
And again,
And again.



Positif #3: Terima Kasih!

Assalamualaikum wbt

Terima kasih!

Pada akak yang kayuh basikal pagi-pagi untuk ke kerja, pada makcik yang selalu rajin cucikan tandas dan susunkan kasut selipar kami di luar dengan penuh senyuman, pada pakcik pekebun yang gigih menjaga pokok dan menyiramnya setiap hari, pada abang yang rajin menyapu dan 'blow' daun-daun kering di tepi jalan, pada tuan polis bantuan yang sentiasa bantu berhentikan kereta untuk bolehkan kami lintas jalan, dan pada mana-mana 'unsung heroes' yang sentiasa dipandang sebelah mata.

Terima kasih!

Pada sekumpulan lelaki budiman, yang pabila ada gadis datang duduk di meja sebelahnya, dikibas-kibaskan tangannya agar asap daripada vape itu tak terkena ke gadis-gadis itu. Lalu menyedari hakikat bahawa ianya tak dapat dielakkan, mereka lantas bangun dan beredar agar gadis-gadis tidak berasa tidak selesa.

Moga-moga diberikan hidayah dan sentuhan kalbu agar tergerak untuk meninggalkan amalan vape yang tidak bermanfaat, agar menjadi budiman yang sempurna dan sebenar-benarnya.

Terima kasih semua!

Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh kita teladani, hanya sahaja kita mahu melihatnya sebagai sesuatu yang baik dan positif.

Salam

Assalamualaikum wbt

Sejak beberapa tahun yang lepas, aku mula rajin-rajin amalkan beri salam kepada orang bilamana aku ada peluang. Aku kenal ke, tak ke, aku beranikan untuk mula memberi salam. Kadang pada makcik yang tengah sediakan paip nak cuci tandas, kadang pada staf yang tengah duduk-duduk santai selepas buat kerja, kadang pada staf yang tengah duduk di meja kaunter bila aku lalu depan pejabat, kadang pada pakcik yang sedang siram pokok bunga, kadang pada pakcik yang tengah bersihkan dedaunan kering di tepi jalan, kadang pada pak cik pengawal keselamatan bilamana aku lalu depan post guard. Kadang pada kawan yang aku tiba-tiba terserempak dekat tepi jalan. Kadang pada pensyarah yang kebetulan sedang menunggu sewaktu aku keluar daripada lif.

Salam ni adalah sebuah doa.

Salam bukan setakat diamalkan untuk diucap kepada kakak senior di asrama bila lalu berselisih dengan mereka. Dan bukan sahaja diamalkan ketika berselisih dengan cikgu ketika di sekolah.

Kalau kita boleh buat waktu zaman sekolah dahulu. Kenapa tidak selepas itu? Kenapa tidak sekarang ketika kita kian menginjak dewasa dan lebih mengerti makna adab dan akhlak?

Perkara yang aku amat amat amat suka pada pemberian salam ialah respon yang aku dapat kemudiannya. Senyuman manis, bersama salam yang dibalas. Aih... sangat boleh menaikkan semangat dan menceriakan hari kau! Sangat!

Untuk yang belum pernah cuba, ayuhlah kita amalkan! Percaya pada setiap kebaikan yang kecil, pasti ada ganjaran yang Tuhan telah janjikan. Paling penting sekali, impaknya pada orang yang dihulurkan salam tersebut. Walau tampak sedikit, mustahil tak tersentuh hatinya. Kadangkala, melalui perkara kecil beginilah ada doa yang diutus secara senyap, juga ada kebaikan yang akan tersebar walaupun berskala kecil.
      

Positif #2: School

Assalamualaikum wbt


The other day, I was on my way back to the faculty after having my lunch. When I was passing the stationery store, I've suddenly stumbled upon a familiar figure. A familiar face. A lady. She was just coming out of the store. I stopped and turned around few times before I realised that she was my teacher who'd taught me chemistry back in high school! I was in disbelief. I quickly became so excited and still in surprise when I first greeted her with "Cikgu??!". I was even happier when she mentioned my name! That means she still remembered me. Honestly, we both got very excited. We had a little chat before saying goodbye and I was already eager to bumped with her again in the future. 

You see how little things can immediately cheer you up for the whole day. 

Back in high school year, I was quite a passive student. I did get involved with some curricular activities, but I was not expressive or loud or creative like others. I didn't have specific groups of friends to be clingy with or hangout with when the recess time comes. I was not good in sports. And considering myself in an elite school, placed in one of the top classes, my English proficiency was quite weak and my academic performance was just average compared to others. Due to that, I always felt timid and lack of confident although people around me were super nice and friendly and nonjudgmental. It was a very different version of me compared to myself in hostel.

Till today, I never really keen to reminisce or cherish my time in high school, but I am always proud to be a part of it. 

However, the accidental 'meet up' with my former high school teacher that day was enough to make me realised that I had actually manage to create some fond memories in high school life. Not much, but enough for me to feel glad and grateful. I may not have the best high school life like other people, but at least I know that I have some good old memories and some good people to be remembered whenever people asked me about my high school year next time.  



Positif #1: Doa

Assalamualaikum wbt



Sepanjang hidup, sudah tentu kita akan berjumpa dengan orang yang bermacam-macam perangainya juga kerenahnya, yang kadang kala buat kita berkata "Ehhh orang macam ni pun ada ke?". Biasa kita dengar cerita orang lain dan anggap itu perkara biasa, tapi bila kita sendiri yang merasa, kita akan sampai ke tahap 'tak percaya' bahawa di dalam dunia ni, ada orang yang pentingkan diri dan menyusahkan orang lain. 

Dalam zaman belajar ni, kau akan biasa dengan cerita-cerita tak puas hati orang ini terhadap orang itu bila tiba bab nak siapkan 'Assignment'. Sebenarnya, bukan takat 'assignment', bahkan tugasan lain contohnya dalam organisasi kepemimpinan, program-program, dan macam-macam. Dan, benda ni, akan berterusan sampailah bila kau kerja sekalipun. Percayalah.

Tapi kalini aku tak nak fokus pada yang negatif. Aku akan cuba bawa kepada sesuatu yang positif.
#twist

Doa.

Semua orang tahu, terutamanya Muslim, betapa pentingnya dan berkuasanya sebuah doa. Betapa sebuah doa mampu mengubah sebuah situasi, mengubah sekeping hati, merealisasi sebuah mimpi. Semua orang juga pasti pernah dengar riwayat yang mengatakan doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain itu, secara senyap, adalah antara doa yang paling dimakbulkan.

Persoalannya, sejauh mana keyakinan kita pada hakikat itu? Dan sekuat mana kita bersungguh untuk mengamalkannya?

Sedar atau tidak, kita ini hidup dengan penuh kritikan dan rungutan, tanpa tindakan. Mulut sahaja bising, tapi tiada usaha untuk mengubah keadaan. Walau bagaimanapun, kita juga tak boleh menafikan bahawa setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Ada orang dia ada kekuatan untuk 'stand out', berterus terang, lantang bersuara dan menolak ketidak adilan atau perkara yang tidak digemarinya. Tapi kita kena akui juga bahawa ada insan-insan yang memang tiada keupayaan tersebut. Lalu adakah orang yang tiada kekuatan itu tidak ada 'kuasa' untuk mengubah?

Maka, waktu inilah doa memainkan peranan penting. 

Seandainya, kita tiada kekuatan untuk menolak atau menentang perkara yang kita tidak gemar, maka berdoalah kepada Allah agar kita ada kekuatan itu atau setidak-tidaknya, kita berdoa semoga Allah jauhkan kita daripada perkara begitu. Begitulah bila kita mendapati ada perkara yang tidak kita gemari pada seseorang, doalah juga antara penyelesaiannya. Kenapa? Sebab doa daripada seorang saudara kepada saudaranya yang lain itu adalah antara doa yang sangat dimakbulkan.     

Daripada kita terus merungut tentang sikapnya, membicarakan aibnya, adalah lebih baik untuk kita berdoa supaya orang itu dikurniakan kelembutan hati untuk berubah, berakhlak, dan sebagainya. 

Kenapa aku berani tulis ni? Sebab itulah yang aku cuba buat pada seseorang ini, dan alhamdulillah, dengan izinNya, dia sudah perlahan-lahan berubah menjadi lebih baik. 

Apa kuncinya? Positif, bersangka baik dengan Allah, dan yakin dengan kuasaNya juga aturanNya.
Sesungguhnya Allah jualah pemegang hati insan-insan yang lemah ini. PadaNya sahajalah kita berharap. Dan kita juga berdoa semoga Allah lindungi kita daripada sikap-sikap buruk dan negatif yang memudaratkan orang lain. 

Jom doa!