Masih aku ingat, suatu ketika,
Zaman persekolahan yang naif,
Aku dan rakan-rakan seperjuangan pernah dilabel 'bodoh sombong'.
Sedangkan,
Mereka hanya nampak.
Mereka tidak pernah bertanya.
Mereka tak tahu 'struggle' kami.
Yang mereka tahu hanya menuding jari,
Lalu persalahkan kami,
Lantas digelarlah kami 'bodoh sombong'.
Dunia ni, macam-macam orang.
Mahu diberitahu segala di sini, tapi tentu ada yang akan perhati.
Melalui kuasa, perwatakan manusia kan tampak jelas nyata.