Menyusun Langkah di Jalan Dakwah

Assalamualaikum wbt

"Selagi engkau menulis, tiada siapa yang dapat menghukummu atas pendapat yang engkau berikan. Tiada siapa yang dapat menyekat engkau daripada menyampaikan pendirianmu. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang menyampaikan, hingga seruan Ibrahim di lembah gersang yang kosong dan kontang, masih memanggil manusia datang, kerana yang menyampaikannya adalah Dia. Satu-satunya penyebab kebenaran tidak bertebaran ialah apabila yang menemuinya, tidak menemukan orang lain dengan kebenaran itu. Diam membisu, tunduk kepada tekanan yang cuba mendiamkanmu, justeru jangan kaubiar mereka menyekat perjanjian engkau dalam intima' dan wala' dengan Tuhanmu" 

Dipetik daripada kata-kata Ust Hasrizal Jamil di lamannya. 

Aku sedang mengumpul kekuatan dan ilham untuk mengorak langkah lebih jauh dalam bidang penulisan. Menulis sesuatu yang lebih ilmiah dan yang lebih lantang dalam menyampaikan pesan. Kerana aku yakin ini medan dakwah aku. Aku harus berani! Semoga ini bukan angan-angan semata. Semoga ini bukan kata-kata kosong. Semoga dipermudahkan. Insya Allah.