Cik Adik, Senyum Sikit!

Assalamualaikum wbt


Hari ini aku bahagia yang teramat bahagia.
Aku tidak tahu mengapa.
Mungkin kerana nikmat kehadiran rakan yang Allah pinjamkan buat seketika.
Juga kerana nikmat kebahagiaan orang lain yang kita juga dapat rasa.
Betapa sebenarnya, orang di sekeliling merindui senyum tulus dari kita.
Betapa sebenarnya, senyum dan gelak tawa kita bisa buat mereka rasa lega dan bahagia.
Dan benarlah, senyum itu sedekah.
Sedekah itu, apabila kita membuat orang rasa senang dan tenang.
Itu nilai sedekah sebenar.

Alhamdulillah =)