DaripadaNya Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali

Assalamualaikum wbt

Hakikat kehidupan manusia bahawa kita hidup di dunia ini hanya untuk meninggalkannya satu hari nanti....

3 berita kematian dalam masa seminggu buat aku terkedu.
Semuanya pergi dalam usia yang muda.
Apa pun jua, semoga roh mereka yang telah pergi  ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Menerima satu per satu berita kematian mengingatkan aku bahawa mati tidak kenal usia.
Sampai masa ajalnya, malaikat Izrail dihantar untuk mencabut nyawa.
Tiada enggan, tiada tangguh, tiada tidak.
Ini ketentuan dan kehendak Allah Yang Maha Esa.

Terdiam juga seketika.
Aku?
Bila?

Moga kita menjadi orang yang istiqamah dalam mengerjakan perintah Allah.
Moga amalan dan taubat kita semua diterima oleh Allah.
Moga hidup dan mati kita sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah.

Daripada Allah kita datang,
Kepada Allah jua kita kembali.

Al-Fatihah