Assalamualaikum wbt
Late update.
Memandangkan gap untuk paper terakhir adalah selama seminggu, maka hari ini aku menjadi rajin! Eheh =P
Beberapa minggu sebelum study week bermula, bonda memberitahu akan keberangkatannya ke Langkawi bersama adik-adik, sekaligus memberikan aku amanat untuk menjadi 'penjaga rumah' sepanjang ketiadaan mereka. Oh =(
Susulan perkara ini, maka aku meminta agar dibenarkan untuk aku membawa bersama rakan-rakan dan meninggalkan kereta di rumah di bawah jagaan aku supaya aku tidak bosan sepanjang berada di rumah. Permintaan aku.... diperkenankan oleh ibunda tercinta! Hooyeah!
Ummi dan adik-adik bertolak Jumaat malam dan hanya akan pulang pada Isnin tengah malam. Jadi kiranya aku akan berada di rumah sehingga hari Selasa. Nama pun
study week, jadi 4 hari tu harapannya memang nak habiskan masa untuk ulangkaji sambil-sambil berjalan. Tapi nampaknya, 4 hari digunakan dengan berjalan sepanjang masa. Kalau pun ada kat rumah, handout tak tersentuh pun. Heh.
4 Days 'Holiday'~~ Here we go~~
|
Hari pertama memasak bersama dengan mereka di dapur untuk lunch, dan dengan bahan yang sangat limited, hasilnya: Tomyam ayam dan telur dadar. |
| | |
|
|
Disebabkan Tikah kempunan sangat nak makan cendol, maka petang tu kami berjalan-jalan keliling Klang semata-mata untuk cari cendol, which in the end, it brought us to more than that: Cendol, satay and ABC!
|
Cendol |
|
Satay |
|
Muka-muka bahagia dapat makan setelah penat pusing Klang,hihi =P |
Sayangnya, cendol pulut tak ada. Tak apelah, rezeki lain yang kami dapat. Alhamdulillah.
Hari Kedua: Berjalan sekitar Shah Alam bermula dengan Pesta Buku Selangor di SACC Mall, Shah Alam. Pusing dan pusing, akhirnya aku beli satu buku tentang perniagaan untuk Eizzah, and we ended up eating Pizza Hut for lunch.
|
Sarapan: potato wedges, hazelnut coffee, garlic bread. Bukan selalu nih dapat bangun dengan rajin sediakan sarapan sendiri! |
|
Tikah's instag photo |
On the way balik, kami singgah di Masjid Shah Alam: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk solat, which ended up with a 'photo shooting session' with them. Huahuhua. It is a definite beautiful architecture and scenery. Tambahan pula bila Johor, Pahang, Kelantan yang bertamu di Selangor, bukan selalu sampai ke sini, sekali sekala merakam memori. It's hard to resist! Heee..
|
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam |
Hari Ketiga: Aku bawa mereka lunch di Khulafa Bistro, berjalan sekitar Klang, dan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.
|
Nasi beriyani di Khulafa Bistro. |
|
Istana Alam Shah yang menjadi kediaman rasmi Sultan Selangor di Klang Bandar Diraja. |
|
Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang |
Sekitar petang selepas Asar, kami pulang. Malam tu, sekali lagi 'beraksi' di dapur bersama-sama untuk masak Nasi Ayam.
|
Tikah's instag photo. |
Tengah malam tu Ummi dan adik-adik selamat sampai dari Langkawi. Alhamdulillah.
Begitulah tiga hari berlalu tanpa sebarang ulangkaji. Urgh! Lina je yang semangat. Haruslah!
Tapi alhamdulillah, aku rasa puas, rasa seronok, sebab dapat luang masa yang lama dengan mereka. Hidup dah serupa duduk rumah sewa sendiri. Huahua. Ni kalau ada Najie ni, perfect dah. Sebab bukan senang nak kumpul dan keluar macamni. Mungkin, ada rezeki lain kali boleh keluar lagi ramai-ramai dengan yang lain. Hehe.
Now one more paper left, and I'm freeeeeee!! Weeeeeeee!