Assalamualaikum wbt
Pagi tadi, lepas Subuh, Al-Quran dan tafsirnya ku baca. Alhamdulillah, masih tergerak hati untuk laksanakannya. Namun jujur, ia dibaca dengan bersahaja tanpa penghayatan,sehinggalah sampai ke ayat :
" Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sihat " (Surah Al Baqarah, Ayat 269)
Kita sering kali mengeluh setiap kali ditimpa ujian dan dugaan. Mungkin kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang kita sedang melakukannya. Bukan sahaja mengeluh, malah mempertikaikan lagi kenapa semuanya harus terjadi pada diri kita. Pelbagai soalan yang dimulai dengan perkataan "kenapa" dan "mengapa".
Bila sahaja musibah menimpa, kita dipujuk dengan kata-kata 'cliche' yang kadang kala membuat kita rasa tiada siapa yang benar-benar memahami keadaan kita :
"Sabarlah, ni semua ada hikmahnya."
Dah biasa didengar kan?
Janganlah tolak bila ayat tu disebut walau berulang kali oleh orang yang berbeza. Kerana ia BENAR! Dalam ayat Al-Quran di atas, Allah beritahu direct pada semua hambaNya tentang hikmah. Apakah itu hikmah? Kalau mengikut tafsir yang dibaca, ia adalah kemampuan untuk memahami rahsia-rahsia agama.
Hikmah boleh datang cepat atau lambat. Bergantung pada diri kita untuk menyedarinya. Jika kita cepat redha pada perkara yang telah terjadi, iaitu menerima dengan hati yang lapang dan terbuka, maka cepatlah juga kita menyedari hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Begitulah juga sebaliknya. Apa yang penting ialah keredhaan. Keredhaan diri kita sendiri dalam menerima hakikat. Setelah itu, satu per satu kebaikan akan kita nampak, insya Allah. Tatkala itu, kita akan berkata:
"ooouhhhh, patutlaaaaa....begini"
"ooouuhhhh, patutlaaaa....begitu"
Alangkah bertuahnya orang yang menyedari hikmah!
Pokoknya, kita tidak tahu bagaimana jalan hidup kita ini diatur. Kita tidak tahu apa yang Allah rancang untuk kita. Kita merancang, begitu juga Allah swt. Namun harus kita yakin bahawa Allah Maha Mengetahui, dan sebab itulah , apa pun jua perancanganNya, ia yang terbaik untuk kita.
Tenanglah wahai hati dan redhalah dengan segalanya...
Hikmah itu akan tiba jua bila sampai masanya. Insya Allah.
"Hidup manusia bagai tersesat di hutan belukar yang penuh dengan onak dan duri, walau pedih dan bercalar, namun harus direntasi juga untuk kita temui jalan keluarnya"