K5 dan FSTM Menanti :D

Assalamualaikum wbt

"Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Sungguh nikmat ini terlalu besar buat diriku"

Insya Allah, 2 September ni Nini akan mendaftar di Kolej Kelima UPM dan memulakan kuliah pada 10 September di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan sebagai pelajar Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan). Bermaksud seminggu ORIENTASI dan hafal lagu kolej baru! Aaarrgghhh!! Tapi syukur juga ada teman nanti, sama course, sama kolej - Lina!

"Kita sama course, kita belajar sama-sama ea Na! Buktikan pada semua kita boleh :)"

Bye bye Kolej 13!! Rasa tak berguna jugak pergi MGP. Tak ada pun dapat stay kolej. ==' Yang tak pergi dapat pulak duduk sana. Alah, takpelah. Mesti ada hikmah kenapa diaturkan macam tu. Baguslah juga, Allah bagi peluang untuk rasa tinggal dekat kolej lain. hehe.. Ni musim durian dah nak dekat, berbahagialah warga Kolej 13. Dusun durian depan mata je. Bersedialah untuk dengar bunyi dentum durian jatuh, dan bersedialah nak berkejar, berebut untuk kutip durian tu. :D