Assalamualaikum wbt
Kita hidup di dunia ini dengan tujuan dan matlamat yang ingin dicapai. Duniawi dan ukhrawi.
Menjadi hambaNya yang taat dan layak untuk ke syurgaNya .. itu ukhrawi.
Mencapai cita-cita, merealisasikan impian, mempunyai kerjaya yang hebat ... itu duniawi
Sewaktu kecil, doktor, guru, polis, askar, akauntan dan sebagainya adalah cita-cita yang biasa didengar melalui seorang kanak-kanak yang naif dan belum kenal luasnya perspektif kerjaya dalam dunia ni.
Nini tanya pada adik yang bongsu, " Huda punya cita-cita apa?". Doktor gigi katanya. Kadang-kadang dia minta sendiri pada Ummi supaya panggilnya Dr Huda. Nini tanya pula Hanan tentang cita-citanya. Lagi dahsyat. " Hanan nak jadi akauntan, cikgu dengan doktor.". Huda pula tanya, " Macamane tu?". Hanan pun jawab, " Ala, pagi kakak Hanan jadi doktor, tengahari jadi cikgu, malam kakak Hanan jadi akauntan la!". Nini dengar, Nini senyum. Sebab Nini juga pernah ada cita-cita yang sama macam Hanan.
Dulu beriya nak jadi doktor, alasan biasa - "nanti ummi abi nenek opah atok tak payahlah bayar bila datang hospital, biar nini yang check :)". Abi siap belikan lagi mainan set lengkap doktor untuk Nini. Sampai sekarang ada lagi walau ada beberapa yang dah hilang. Dah besar sikit, nini berubah minat. Disebabkan Nini minat matematik, jadi Nini bercita-cita untuk jadi seorang akauntan ataupun businesswoman. Kali ni Abi siap rancang lagi untuk buka bisnes sama-sama dengan Nini bila dah besar nanti. Makin lama, Nini mula minat dengan seni dan sukakan hiasan-hiasan dalaman. Jadi cita-cita Nini berubah untuk menjadi seorang pereka hiasan dalaman pula. Naik pula sekolah menengah, Nini mula lihat seni dengan pandangan yang berbeza. Nini makin serius dengan bidang kesenian sampai Nini ambil subjek tambahan dalam SPM - Pendidikan Seni Visual, dan akhirnya bercita-cita untuk menjadi seorang pereka grafik.
Abi tak kisah tentang minat dan kecenderungan Nini. Tapi untuk melibatkannya dalam kerjaya? Abi tak setuju. Abi tak tunjuk, tapi Nini tahu dan faham sendiri dari riak muka bila bercakap tentang ni. Banyak kali Abi seolah-olah cuba memujuk dan mempengaruhi Nini supaya mengubah fikiran. Tapi Nini tetap dengan keputusan Nini. Abi cuba memberi sokongan untuk Nini tapi Nini tahu, jauh di sudut hati, Abi mungkin tak dapat terima. Waktu dapat tawaran masuk UPM, Abi buka website ASPer untuk cari course apa yang boleh Nini apply lepas habis asasi nanti. As soon as Abi nampak je DOKTOR PERUBATAN, terus Abi cakap pada Nini, " Ni nanti boleh sambung medic nih". Nini tunjuk muka kecewa.
Ya. Harapan Abi adalah untuk melihat dalam kalangan anak-anaknya, sekurang-kurangnya ada seorang yang dapat jadi doktor. Nini faham mengapa. Sebenarnya itu cita-cita Abi dan dulu Abi dah pun berada di tahun kedua bidang perubatan di Pakistan.Tapi, atas sebab peribadi dan disebabkan keadaan tidak stabil di Pakistan yang menyebabkan universiti tu terpaksa ditutup, jadi Abi berhenti pada tahun keduanya sebagai pelajar perubatan dan pulang semula ke Malaysia.
Masa berlalu. Anak-anak Abi semakin dewasa. Minat mula berubah.
Saibah tetap dengan cita-citanya dari kecil, menjadi seorang doktor veterinar.
Maya pula mengikut jejak langkah Ummi untuk sambung pelajaran dalam TESL dan jadi seorang pensyarah dalam bidang Bahasa Inggeris.
Nini pula.... tak tetap. Minat untuk jadi pereka grafik dah pudar. Nini lebih cenderung kepada bidang seni kulinari dan masakan. :D Hinggakan pilihan pertama dalam borang permohonan ijazah, Nini pilih Food Service & Management. Haaaa... ini pun susah nak pujuk Abi untuk relakan Nini sambung dalam bidang yang Nini inginkan. Jujur Nini kata, buat masa ni, tiada cita-cita yang tetap. Cuma Nini ada perancangan untuk masa depan.
Buka kafeteria ataupun restoran yang offer baaaaanyak jenis makanan dan minuman yang sedap-sedap, dan pada waktu yang sama jadi bookshop. Jadi nanti akan ada dua ruang utama. Bakeries, western, local, fruit juices, ice blended, kopi dan teh tarik?hehe.... apa lagi?? Nini nak pelbagaikan menu. Kemudian dalam kafeteria tu, ada sudut untuk bersantai dan baca buku-buku yang disediakan atau yang dibawa sendiri. Konsep kafe tu nanti elegan tapi ringkas. Warna oren, putih, coklat. Ada ruang luar, ada ruang dalam. Nanti customer boleh pilih sendiri, samada nak beli makanan/minuman, atau nak beli buku, atau kedua-duanya. Dan samada nak makan dan minum di situ, luar atau dalam, atau baca buku sahaja, atau kedua-duanya.
Itu impian Nini. Nak buka kafeteria sendiri. Amiin.... Insya Allah :D
Faham dengan anak-anak yang semakn dewasa dan ada minat yang tersendiri, Abi mula terima dan merestui cita-cita anak-anaknya. Nini tahu ni bila Abi kata, "It seems that none of you want to pursue your study in medic." Nini dengar tu, hanya mampu senyum. Serba salah pun ada. Nini cuma kata," Tinggal Huda dengan Hanan jela". Kemudian Abi balas," If none of you want to become a doctor, then I hope one of the boys should be a doctor". Hehe, Nini faham. Yang Abi maksudkan adalah bakal-bakal menantunya. Harapan Abi beralih dari anak-anaknya kepada orang lain pula. Tapi Abi tak serius. Apa yang Abi nak maksudkan sebenar-benarnya ialah, Abi kini akur dengan kehendak anak-anak. Faham yang kami semua punya cita-cita dan minat tersendiri.
Pesan Abi
" Ambillah bidang apa pun, jadilah apa pun, asalkan nanti dapat buat sesuatu yang bermanfaat untuk ummah. Jangan belajar untuk Abi. Belajar untuk ummah. Most importantly, belajar kerana Allah swt"