Le Familia - A Day Out

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah harini berjalan dengan sangat lancar. What a loooooong day!
Penat seharian berjalan-jalan dengan satu family. Dah lama tak keluar lama macamni. Peluang yang susah sangat nak dapat sekarang sebab Abi makin sibuk uruskan kebun. But Alhamdulillah we have a day to be spent together. A quality time. :)

Mula-mula, we head to UPM. Nini balik semula ke Kolej 13 untuk jumpa junior nak bagi buku yang dia beli dari Nini. Emmm, buku Biology (Mader) dgn Physic (Serway). Jual standard half price la. Nak bagi kat adik pun, bukannya dia pakai. Lagipun, tak silap Nini dua buku ni ASPer je yang pakai. Asasi lain yang ambil subjek sama pakai buku local. Well, at least dapatla sikit 'pitih' ni buat simpanan untuk belanja akan datang.

Sekejap je kat UPM, selesai urusan and solat Zohor, kitorang gerak ke Wangsa Walk Mall. Selama duduk Selangor dengan KL, tak pernah langsung Nini jejakkan kaki ke sini. Tapi datang sini tak buat apa pun. Makan lunch lepas tu jalan-jalan.

Abi's and Ummi's smile

Hanan makan nasi ayam black pepper. Actually, Nini, Sebah, Hanan, Huda semua makan nasi ayam. :D

Saibah's dessert. Err, Air Batu Peach?

After that,we spent banyak masa jugak dekat kedai buku. Hajatnya nak beli satu buku novel Cina, tajuknya menarik - "Chi Lai de Yi Feng Xin"/ "Sepucuk Surat yang Lambat Tiba". Tapi, ramai sangat orang beratur, malas la pulak nak menunggu. Hehe. Nak mencelah kat Maya dengan Ummi tapi tak sempat. They bought some books and stationeries though. Lepas pergi kedai buku, singgah kejap dekat Cold Storage beli barang. Most importantly, ice cream!!!!

Mini Blackforest

Mini Oreo
Sorang dapat makan dua. Maya dengan Saibah makan tiga sebab ada dua lebih. Kali ni kasi can la kat kakak-kakak, adik-adik kecik la mengalah bagi kakak makan lebih. Hehe.. Lepas balik dari Wangsa Walk, planning nya nak pergi Pulau Ketam makan seafood. Punyalah excited, sekali bila dah sampai sana, dah turun kereta dah pun, tiba-tiba ada orang datang tanya :" You mahu pergi Pulau Ketam ka?". Abi iyekanla. Lepas tu orang tu bagitahu kata tak boleh. Katanya bot pergi ada tapi bot nak balik yang terakhir pukul 6 petang, malam tak ada bot untuk balik semula ke sini. Kalau nak pun balik malam, kena naik sort of private boat la, but sewanya untuk hantar balik je pun dah RM 150 ++. Haiyaaa!! Jadi hasrat nak ke sana tu dibatalkan. Tak apelah, tak ada rezeki kali ni. Next time insya Allah. Tapi tula, susahnya nak dapat masa untuk gather semua, keluar berjalan lama-lama. Adalah hikmahnya tu.

So kitorang pun balik, tapi singgah Giant untuk beli barang-barang dapur dengan barangan untuk dua ekor kucing kat rumah tu - Panda and Pindi! :D And then lepas maghrib, makan pulak kat restoran mamak ni (nini tak ingat apa namanya dah tapi makanan sumpah sedap!) barulah pulang ke rumah.. Home Sweet Home.

Huaaaaa, what a day! Tired but worth it. Bila lagi nak dapat peluang macamni? Wallahuallam. Insya Allah akan datang ada lagi nanti.