Assalamualaikum wbt...
Manusia dan cinta takkan boleh dipisahkan. Walau jahat mana sekalipun seseorang itu, hatta pencuri atau pembunuh, jauh di lubuk hatinya pasti ada sekelumit rasa cinta terhadap apa pun jua yang berada di dunia ini. Itu fitrah yang telahpun ditetapkan oleh Allah swt. Dia yang menghadirkan rasa itu kerana Dia juga Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Sedarkah kita bahawa cinta yang agung itu hanya ada satu? Tahukah kita bahawa ianya milik Maha Esa? Perasankah kita bahawa... selama ini, terlalu banyak cinta yang kita dambakan, terlalu banyak cinta yang kita kejarkan dan terlalu banyak cinta yang kita harapkan?
Ya. Kita ini manusia yang mudah lupa. Mudah alpa. Mudah lalai dengan duniawi. Tanpa kita sedar, kita ini sudah mengharapkan terlalu banyak cinta. Betapa tamaknya kita ini. Cinta manusia pun kita hendak, cinta harta benda pun kita hendak, cinta ilmu pun kita hendak, cinta akhlak pun kita hendak, segala cinta ingin kita peroleh. Tapi cinta Allah? Mungkin kita akan terus diam. Diam kerana tahu silapnya kita dek terlalu mengejar cinta pada perkara lain namun abaikan cinta pada Allah. Kita pastinya akan mengaku bahawa cinta Allah dan cinta Rasulullah pun kita harapkan. Namun sejauh manakah kesungguhan kita untuk mendapatkan cintaNya?
Jika harapkan cinta manusia, kita sanggup melakukan apa sahaja, membelikan si dia segala kegemarannya, mengucap kata-kata manis, dan kadang-kala, kita sanggup memalukan diri, asalkan cinta insan itu kita dapat. Jika harapkan cinta harta benda, kita sanggup membanting tulang, bekerja keras untuk mendapatkan wang, peroleh rezeki bagi mendapatkan harta benda yang diinginkan. Biarlah siang malam berjaga dan bekerja, asalkan harta benda yang kita inginkan kita dapat. Dan jika cintakan ilmu pula, kita sanggup untuk menghadiri pelbagai kelas-kelas tambahan, majlis-majlis ilmu, bertanya pada murabbi, pergi ke perpustakaan setiap hari hanya untuk mendapatkan ilmu itu.
Tiada salahnya kita mengejar cinta selain cinta Allah. Namun sepatutnya, cinta Allah, pencipta kitalah yang harus kita dahulukan. Sempurnakan amalan kita. Perbaiki kelemahan yang ada. Tambahkan kekurangan dalam diri. Dekatkan diri kita ini pada Allah yang Maha Besar dan Maha Kuasa. Dengan mengharapkan dan meraih cinta Allah, kelak, cinta ilmu yang kita dambakan takkan buat kita sombong dan bongkak; cinta harta yang kita inginkan takkan buat kita tamak dan bakhil; cinta manusia yang kita harapkan takkan buat kita lalai dan leka; cinta akhlak yang kita mahukan pula akan sentiasa mengajak kita untuk merendah diri dan terus beramal. Seandainya, cinta Allah yang kita utamakan, pastinya dan tiada ragunya, cinta yang lain juga akan kita peroleh. Kali ini lebih bermakna kerana kehadirannya adalah dengan penuh keberkatan dan keredhaan. Insya Allah.
Wallahuallam