Leka

Assalamualaikum wbt

Aduhai dikau sang gadis yang rapuh hatinya,

Harus diingatkan selalu bahawa pada saat hati mulai berbunga, itulah saat yang paling bahaya. Oh so fragile. Mudahnya, diberikan kau harapan, lantas berbunga hati, gembira sepanjang masa, lalu terus lupa pada pemberi nikmat bahagia.

Lalai. Alpa. Leka.
Mainan syaitan durjana sangat licik dan hebat.

Harus diingat ya Habibti, andainya satu hari nanti kalau Allah izinkan untuk kau disatukan dengan orang yang kau cinta, ia bukanlah bermaksud perjuangan kau telah selesai. Sebenarnya, di situlah ujian lebih berat akan menimpa, perjuangan lebih besar perlu kau bawa. Jangan kau ingat halalnya ikatan itu nanti menandakan kau lebih bebas. Bahkan kau sebenarnya lebih terikat. Iman kau akan diuji dengan seberat-beratnya, mahu lihat adakah kau kan mudah lalai dengan cinta manusia, sehingga lupa pada Maha Pencipta.

Bangunlah dari lamunan cinta ini. Ini semua hanya mainan perasaan. Nikmat ini harus dijaga. Bahagialah tetapi jangan terlalu gembira. Doalah mohon perlindungan daripada Allah swt, moga dapat kau dukung cinta lain dengan sempurna melalui kekuatan cinta kepadaNYA.



Malam

Assalamualaikum wbt

1.30 pagi, dan aku sedang mendengar alunan lagu nasyid yang aku gemari.
Tidak banyak perkara yang sedang difikirkan, tetapi bersepah-sepahlah juga fikiran ini melayang.

Larut malam. Waktu yang paling aku sukai. Ada suatu rasa ketenangan dan kedamaian pada suasana malam yang hening. Tidak bising. Tidak serabut. Tiada gangguan. Kau seorang, bersama Tuhan.

Waktu sebegini, dengan alunan ini, membuat aku kembali kepada kisah lalu. Tidak lama pun. Tidak juga baharu. Tetapi setiap kali ingatan itu kembali, pasti rasa yang sama turut datang menjengah diri. Waktu yang aku rasa sangat serabut dan kusut. Dilema antara hendak atau tidak. Hati kata mahu, tetapi keraguan dan ketakutan tidak mengizinkan. Itulah kali pertamanya aku minta nasihat orang terdekat, berjaga malam, hanya kerana dilema itu. Sedaya upaya aku mahu mendapatkan petunjuk. Kelakar apabila dicerita semula pada orang lain yang tidak berada di tempat aku. Mereka tidak mengerti. Sama sekali tidak mengerti kebuntuan yang melanda diri pada ketika itu.

Membenci dan menyayangi, dua perkara yang berbeza. Mana bisa kau membenci tetapi hati masih menyayangi.
Aku pernah membenci sehingga tidak mahu didengar namanya, mahupun dipandang wajahnya. Sebegitu sekali tahap kebencian aku pernah dijangkau. Kononnyalah. Sedangkan dalam hati, kau sendiri lebih mengerti, Tuhan juga Maha Mengerti. Mana bisa isi hati dinafi. Kau tahu? Apabila kau benci, tetapi masih rasa simpati, masih merindui, punya harapan yang tersemat di hati, itu tandanya kau cinta. Benci engkau itu tanda cinta!


Haihlaaaa hati. Banyak sekali kau diuji. 



To Show, Love

Assalamualaikum wbt

Semalam sebelum keluar untuk beli barang yang dipesan oleh Ummi, Abi tanya "Naik air yogurt tak?". Of courselah jawab aku "Naaakkk!". Favourite kot! And he eventually brought back 4 bottles of yogurt drinks.


Pagi tadi, Ummi masuk kejutkan aku. Duduk bersama senyuman di sebelah aku yang masih baring di katil, sambil tanya malam tadi tidur pukul berapa and she tickled me. Heheeee. Aku terasa macam masih anak kecil, dan aku amat rindukan momen itu.


Cinta.
Kadangkala tidak perlu diucap atau dilafaz melalui bibir.

Perbuatan dan tindakan.
Penzahiran cinta yang paling menusuk kalbu. 


MindRant 19



tengah marah punya pasal.
geram. 



'Cuti Pertama'

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, 6 bulan praktikal dah pun tamat dengan jayanya Jumaat lepas. Awal pagi aku mengemas barang-barang sedia untuk bawa pulang sejurus selepas habis kerja. Kemudian aku duduk sebentar. Berpandangan dengan rakan sepraktikal aku. Masing-masing ada senyum di bibir. "Ingat lagi waktu hari pertama balik daripda kerja, kita kata baruuuuu habis satu hari". Dan hari ini 6 bulan itu bakal berakhir. To be exact, sebenarnya 6 bulan seminggu, sebab company extend seminggu memandangkan cuti Raya Cina dan Aidilfitri tak dikira.

Pagi tu aku pergi ke kerja dengan senyuman yang lebar, extra manis (eh?), sambil pasang lagu raya, just because it is the last day. Hihi. The day that have been waited for so long. Sampai-sampai je office, penuh semangat aku ucap Zao An (selamat pagi) dekat Uncle driver lori yang kerja di situ.

So at last, my semester break starts!

Cuti semester kali ini baru benar-benar rasa macam cuti. Aku cuba merajinkan diri di rumah memandangkan cuti-cuti yang dahulu memerlukan aku pulang kolej awal bagi komitmen tugasan yang telah diberi. Hujung minggu juga bukan selalu aku dapat pulang ke rumah. Kalaupun aku dapat pulang, aku guna sepenuhnya untuk rehat. Jadi kali ini, aku azam untuk manfaatkan sebaik mungkin.

Semalam, kerana craving yang sudah lama dan kerajinan yang tiba-tiba datang, maka terhasillah bubur kacang merah dan longan (and sago bits). Disebabkan Ummi kata sedap, jadi aku benar-benar yakin bubur ini menjadi dengan jayanya! Alhamdulilllah! Yeay!



Sebenarnya aku tengah cuba sebaik mungkin bantu Ummi uruskan rumah, because I know, sepanjang kami adik-beradik tak ada kat rumah, segalanya kurang terurus kerana Ummi sibuk dan penat bekerja. To know that Ummi is soooo glad that we are at home is a joy for me and the rest of us. 

Okeh! Kita tengok esok-esok kerajinan ni maintain atau tidak. Hopefully yes, hiks!


MindRant 18

Assalamualaikum wbt

Terlihat
Tunduk
Malu

I felt so far away.
Too far from reaching the target.
What strength do I have to reach the stage?

This is the same reason, of why I sometimes dislike big gathering.
This is the same reason, of why I left IRIS the other day.


Of Marriage Again: It Will Happen At The Right Time

Assalamualaikum wbt

Her, 
Age: 21
Status: Just Married

Another her,
Age: 22
Status: Married, and a son

Just one more her, 
Age: 22
Status: Married, and a daughter

And I, 
Age: 22
Status: Single

And I was like.. "I'm just 22 by the way" *waving*

Phewww! Looking at all of the wedding invitations, and so far, JUST SO FAR, there are 10 of them, and I probably has miscounted some invitations, so it could be more than 10. Well, I may need not the travel list. If I attended all of these, I could be considered traveling almost half of this country, excluding the Borneo.

So what most newly weds do, or even if they do not, the guests will do? Posting wedding pictures in social media. The pre-wedding and the post-wedding so on so forth will be flocking the news feed, and I will be enjoying looking at those pictures, on one condition: of moderate amount please!

Scrolling through the news feed, I could see the comments made by some of their friends, or relatives, or long-lost friends who happened to be the silent reader all this while, and just start commenting on the picture because she/he could not believe that their also-long-lost-friends have got married, at such young age! Most will congratulate, and wish for their happiness, and some... "Cepatnya kahwin awak. Kita ntah bilalah lagi. Hmmm", or "Bestnya dah kahwin!".

*krik krik krik*

Yeah, the so-called insecurities of not-yet-married, not-yet-get-a-job, not-yet-graduate bla bla bla will always fall on this age of us, or for as long as you had not reach any one of those 'goals'. The worries on what the future beholds for all of us will never be an end. It would always be the scariest thing because of its uncertainty.

And I can only geleng kepala and giggle while reading those kinds of comments.

Oh dear, I do not want to say much. But I will just give you one simple advice: be patient. Fasobrun Jameel. Patience is beauty and patience is the best way of all. Allah has even promised, that there are wonderful things will be granted to those whom with patience.

Hold on dear. Everything will happen at the right time. And your time will come, soon insya Allah.

I've get used to these now. And I'm still cool with it. Hiks.


Raya Blue

Assalamualaikum wbt




Berbiru-biru tahun ini.
Salam Aidilfitri!



Giving Up Fashion

Assalamualaikum wbt

Ku teliti satu per satu
Gaya begini gaya begitu

"Aihhh lecehnya!!"

Akhirnya aku pin tepi sahaja macam biasa.
Simple.


MindRant 17



Masalahnya bukan dulu aku sengaja canang,
tetapi mahu gembira kongsi sama,
sedih luah rasa.

Sekarang bila ada yang ungkit kembali,
aku terasa seperti disindir.
Sebab dahulu beriyanya nak rak,
Syok sendiri!

Yelah. Silapnya akulah juga.
Patutnya lain kali diam-diam sahaja.

Udahler. Aku sudah mengerti.
Semuanya kini aku diam sahaja.
Ada tidak ada, masa jua yang akan khabarkan nanti.