Angan-angan Dunia

Assalamualaikum wbt

Bila difikirkan masa hadpan, rasa seriau je. Kadang aku bercita tinggi, kadang aku mahu biasa-biasa sahaja.

Adakala aku rancang penuh teliti masa depan aku, tentang kerjaya, tentang bisnes, dan segalanya tentang masa hadapan. Ada waktu, aku cuma mahu menjadi suri rumah, menjaga keluarga dan juga anak-anak.

Adakala aku impikan perkahwinan yang gah, mewah, di dewan besar yang indah, bersama dayang-dayang, memakai dress yang mewah. Tetapi adakala angan-angan terhenti dan hanya ingin perkahwinan yang biasa, mudah dan ringkas. Berjubah sahaja, tanpa pelamin, tanpa si dayang.

Adakala rasa semangat nak teruskan belajar hingga phd, mahu suara mudah didengari, lantas dakwah mudah disampai. Tapi adakala rasa payah, dan aku rasa mahu berhenti cukup setakat ini.

Haihlaaa dunia.

Mengapa berat sekali aku memikirkanmu?



Appreciation

Assalamualaikum wbt

Do you have your own diary? To keep things in memory? No matter sad or happy?

13 August, 2015
I took the chance to do solat jemaah just now with Huda. Nobody is at home. Only 2 of us. Alhamdulillah. I don't know why, it feels so good. Habis solat, dan doa, kami remain duduk dan aku tanya pada dia how was school, studies and other stuffs. Aku baru tahu dia salah seorang ketua kumpulan dalam kumpulan kelas dia. Aku baru tahu subjek favourite dia Maths. Aku baru tahu kek favourite dia kek yang buah-buahan. Bersungguh dia cerita tadi. Aku banyak ketinggalan rupanya. 

"Kak Nini garang tak?"
"Garang. Sikit."
"Sikit tu sebab apa?"
"Bila Huda buat salah"
"So kalau tak nak Kak Nini marah?"
"Huda jangan buat salah"

I was reading my previous writings in my diary and stumbled on this. It makes me realised, that I have focused too much on myself all this while. Even after the post above. In fact, all of us are much the same. Being selfish without us realising it. Don't you think?

Let's change! Let us be more concerning, caring, in a good way. In a way that can make others feel appreciated and happy. After all, what's the meaning of life without the presence of the people in our life? And what is the meaning of their presence if they are not appreciated?


Badiuzzaman Said Nursi

Assalamualaikum wbt



Kebiasaannya bila aku dah tak dapat tumpukan perhatian dalam kelas, buku catatan akan aku buka dan mula menulis. 




Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Assalamualaikum wbt

Kisah cinta dua darjat.
Dimeterai dengan sumpah yang berat,
Lalu dilanggar sumpahnya itu,
Demi menjaga hati yang tua.

Tersiksalah jiwa batin sang pemuda.
Sedang si gadis menyangka,
Bahawa kehidupannya akan aman.
Dengan kemewahan dan juga kekayaan.

Walau hati penuh kecewa,
Sang pemuda bangkit penuh semangat,
Dengan sokongan penuh sahabat,
Akhirnya berjaya menjadi penulis karya,
Masyhur di Surabaya dan sekitarnya.

Hari demi hari,
Musnah harapan si gadis,
Lantaran kemewahan yang tak menjanjikan kebahagiaan,
Isteri yang tidak dimuliakan,
Juga rindu yang kian menyesakkan dada. 

Tibalah satu hari,
Ditakdirkan keduanya bertemu,
Bantuan dihulur,
Dendam disimpan.
Atas dasar iman dan persahabatan.

Satu hari dilepaskanlah si gadis,
Oleh suaminya yang pergi menghukum diri,
Dikembalikan kepada sang pemuda,
Tetapi ditolak sementah-mentahnya,
Kerana ego dan prinsip yang teguh.

Tatkala semakin hancur hati keduanya,
Tersedarlah sang pemuda akan silapnya,
Melayani ego hingga hilang budiman,
Hingga sanggup melepaskan cinta dari pangkuan.

Tetapi benarlah cinta penuh kuasa,
Memberikan semangat dan kekuatan.

Walau tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,
Walau sudah lemas di tengah lautan,
Tetap kuat si gadis menanti,
Hingga berada sang pemuda di sisi.

Lalu tenanglah dia pergi,
Bahagia menghadap Ilahi,
Kerana mengetahui masih ada cinta di hati.


"Cinta bukan mengajarkan kita untuk menjadi lemah, tapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan melemahkan semangat, tapi membangkitkan semangat."

Cinta. Ini sebuah perasaan yang tidak seharusnya dinafi. Walau begitu kita kagum dengan kuasanya, sebaiknya disandarkan terus kepada Ilahi, supaya akhirnya dapat diurus dengan baik dan tidak memakan diri. 

Menanti buku novelnya pula daripada Kimah. 
Katanya pengakhiran di layar dan novel berbeza keduanya. 

Hati Yang Memberontak

Assalamualaikum wbt

Hati yang memberontak.
Bukan seperti air nyaman yang mengalir di kedinginan malam,
Bukan juga seperti angin salju yang menghembus tulus,
Merupakan hati yang perit tersepit di dalamnya,
Hati yang terkongkong dalam kepompong sengsara.

Teriakan sayu kalbu,
Meruntuh keutuhan konkrit emosi,
Umpama jarum mengerat batu,
Hanya kerana hati yang memberontak, 
Hidup dilalui dengan kesongsangan.


Hati yang memberonsang,
Mengeruhkan air muka ketenangan,
Menggelodar dari penjara kemurungan,
Menggelandang keperitan dengan penuh kepedihan,
Semua kerana hati yang memberontak.


Hanya satu sahaja penawarnya,
Penawar ajaib lagi berkuasa,
Munajat kepada Yang Maha Kuasa,
Jika berkata-Nya "Jadi,Maka Jadilah",
Maka tersingkir segala kepedihan,
Lantas terhapus segala keperitan.


Nescaya pada-Nya sahaja, 
Semua pasti terlaksana,
Tanpa ragu,ayuh kita beriman kepada-nya,
Kerana Dia adalah ALLAH YANG MAHA ESA.



al-faqir Muhibbuddin Islambouli


Nikmat Lapang

Assalamualaikum wbt



Memasuki fasa awal sebagai pelajar tahun akhir,
Aku lihat ramai di antara rakan-rakan yang sudah mulai risau pelbagai halnya.
Biasa.

Tetapi pabila ku mulai dengar keluhan 'sibuk',
Aku rasa tidak kena.
'Sibuk' mungkin ya.
Tetapi 'sangat sangat sibuk'.
Tidak.
Tidak untuk aku.

Jujur harus aku katakan,
Walaupun dengan pelbagai tugasan kian menimbun,
Projek tahun akhir yang buat ku buntu,
Dan pelbagai hal-hal lain,
Aku tetap merasa nikmat kelapangan yang teramat.

Kini aku makin kerap pulang rumah,
Kebanyakan hujung minggu ku tidak terisi dengan program khas,
Malam-malam ku juga terasa lapang sahaja.

Lalu aku tersedar,
Barangkali kerana aku sudah terbiasa sibuk,
Jadi pabila telah ditinggalkan segala tugas yang dahulu,
Terasa begitu banyak sekali masa yang aku ada,
Walaupun masih banyak perkara perlu diurus.
Kerana jika dibandingkan dengan dahulu,
Mahu terkejar selesaikan segala.

Alhamdulillah 'al kulli hal.
Segala puji bagi Allah bagi setiap perkara.
Moga diberi aku bantuan untuk menguruskan nikmat lapang ini dengan baik,
Agar ia sentiasa terisi dengan perkara bermanfaat.


Guest Writer

Assalamualaikum wbt


As much as I am happy to get myself back in writing, I'm much happier to have a person as my guest writer soon Insya Allah! May this will benefit any of the visitors who have accidentally come by this humble blog of mine. May this will motivate me to write even more. 

Insya Allah

-write to inspire journey-



The Writer's Struggle

Assalamualaikum wbt

It's almost the end of October. 

As you can see from the archives, my writing achievement has been declining very badly since I started my practical earlier this year. Although it has officially ended few months ago, I still can't be back on the track that I used to walk on despite of the ample time that I have now. 

I'm basically running out of ideas to write, and yes, I do struggle to keep active in writing. I have made some drafts and list of topics that I want to write, but sometimes as I write, my mind would stuck and in the end, there is only zero for writing. There are times that I want to write, just about some typical stuffs, but then I was demotivated to continue when I thought my typical writings are just too cliche, and it would not be beneficial to the readers (if there's any), hence it would be a waste. Because my aim of writing, apart from expressing my thoughts and feelings, I also aim to produce something that can really benefit others. I write with the aim to inspire other people. I write with the aim to relief those hearts who are in the state of unease. 

Perhaps, I've been aiming too high. 

If I cannot be persistent in this writing journey, and be consistent in producing good writings (doesn't matter if it is cliche or not), how am I supposed to write something that would inspire other people?

Isn't it?

So I guess, the very first step that I should do after this is to try my very best to write something at least, twice a month. I can't be excited to set my target so high as I'm coming back to my baby steps in this writing journey. Hopefully, one day, I would inspire people through the things that I love --- writing. 




Leka

Assalamualaikum wbt

Aduhai dikau sang gadis yang rapuh hatinya,

Harus diingatkan selalu bahawa pada saat hati mulai berbunga, itulah saat yang paling bahaya. Oh so fragile. Mudahnya, diberikan kau harapan, lantas berbunga hati, gembira sepanjang masa, lalu terus lupa pada pemberi nikmat bahagia.

Lalai. Alpa. Leka.
Mainan syaitan durjana sangat licik dan hebat.

Harus diingat ya Habibti, andainya satu hari nanti kalau Allah izinkan untuk kau disatukan dengan orang yang kau cinta, ia bukanlah bermaksud perjuangan kau telah selesai. Sebenarnya, di situlah ujian lebih berat akan menimpa, perjuangan lebih besar perlu kau bawa. Jangan kau ingat halalnya ikatan itu nanti menandakan kau lebih bebas. Bahkan kau sebenarnya lebih terikat. Iman kau akan diuji dengan seberat-beratnya, mahu lihat adakah kau kan mudah lalai dengan cinta manusia, sehingga lupa pada Maha Pencipta.

Bangunlah dari lamunan cinta ini. Ini semua hanya mainan perasaan. Nikmat ini harus dijaga. Bahagialah tetapi jangan terlalu gembira. Doalah mohon perlindungan daripada Allah swt, moga dapat kau dukung cinta lain dengan sempurna melalui kekuatan cinta kepadaNYA.



Malam

Assalamualaikum wbt

1.30 pagi, dan aku sedang mendengar alunan lagu nasyid yang aku gemari.
Tidak banyak perkara yang sedang difikirkan, tetapi bersepah-sepahlah juga fikiran ini melayang.

Larut malam. Waktu yang paling aku sukai. Ada suatu rasa ketenangan dan kedamaian pada suasana malam yang hening. Tidak bising. Tidak serabut. Tiada gangguan. Kau seorang, bersama Tuhan.

Waktu sebegini, dengan alunan ini, membuat aku kembali kepada kisah lalu. Tidak lama pun. Tidak juga baharu. Tetapi setiap kali ingatan itu kembali, pasti rasa yang sama turut datang menjengah diri. Waktu yang aku rasa sangat serabut dan kusut. Dilema antara hendak atau tidak. Hati kata mahu, tetapi keraguan dan ketakutan tidak mengizinkan. Itulah kali pertamanya aku minta nasihat orang terdekat, berjaga malam, hanya kerana dilema itu. Sedaya upaya aku mahu mendapatkan petunjuk. Kelakar apabila dicerita semula pada orang lain yang tidak berada di tempat aku. Mereka tidak mengerti. Sama sekali tidak mengerti kebuntuan yang melanda diri pada ketika itu.

Membenci dan menyayangi, dua perkara yang berbeza. Mana bisa kau membenci tetapi hati masih menyayangi.
Aku pernah membenci sehingga tidak mahu didengar namanya, mahupun dipandang wajahnya. Sebegitu sekali tahap kebencian aku pernah dijangkau. Kononnyalah. Sedangkan dalam hati, kau sendiri lebih mengerti, Tuhan juga Maha Mengerti. Mana bisa isi hati dinafi. Kau tahu? Apabila kau benci, tetapi masih rasa simpati, masih merindui, punya harapan yang tersemat di hati, itu tandanya kau cinta. Benci engkau itu tanda cinta!


Haihlaaaa hati. Banyak sekali kau diuji.