Assalamualaikum wbt
Memasuki fasa awal sebagai pelajar tahun akhir,
Aku lihat ramai di antara rakan-rakan yang sudah mulai risau pelbagai halnya.
Biasa.
Tetapi pabila ku mulai dengar keluhan 'sibuk',
Aku rasa tidak kena.
'Sibuk' mungkin ya.
Tetapi 'sangat sangat sibuk'.
Tidak.
Tidak untuk aku.
Jujur harus aku katakan,
Walaupun dengan pelbagai tugasan kian menimbun,
Projek tahun akhir yang buat ku buntu,
Dan pelbagai hal-hal lain,
Aku tetap merasa nikmat kelapangan yang teramat.
Kini aku makin kerap pulang rumah,
Kebanyakan hujung minggu ku tidak terisi dengan program khas,
Malam-malam ku juga terasa lapang sahaja.
Lalu aku tersedar,
Barangkali kerana aku sudah terbiasa sibuk,
Jadi pabila telah ditinggalkan segala tugas yang dahulu,
Terasa begitu banyak sekali masa yang aku ada,
Walaupun masih banyak perkara perlu diurus.
Kerana jika dibandingkan dengan dahulu,
Mahu terkejar selesaikan segala.
Alhamdulillah 'al kulli hal.
Segala puji bagi Allah bagi setiap perkara.
Moga diberi aku bantuan untuk menguruskan nikmat lapang ini dengan baik,
Agar ia sentiasa terisi dengan perkara bermanfaat.