Sebelum Melangkah Tahun Akhir

Assalamualaikum wbt

Hari terakhir sebelum cuti semester bermula esok, dan kedengaran bunyi bagasi ditarik turun tangga, serta habuk yang berterbangan kerana masing-masing memunggah bilik untuk dikemas.

Kecuali aku.

Yang berkemas untuk pindah kolej, dan hanya akan pulang lama ke rumah selepas tamatnya praktikal. Haih.

Hampir 2 minggu berpuasa di sini bersama rakan-rakan, berkejar semua hendak buka bersama, sementara mereka masih ada di sini menghabiskan peperiksaan yang dihadapi. Isnin sampai Ahad, ada saja 'temujanji'.


Zaman belajar inilah nak luangkan masa dengan mereka. Nanti kelak dah tamat belajar, masing-masing sudah berkerjaya, sambung belajar, berumahtangga dan berkeluarga, peluang untuk berkumpul itu makin sedikit. Mungkin juga, tiada langsung peluang. 

Maka waktu dan peluang yang aku ada ini, aku cuba gunakan sebaiknya. 




Terasa masa pantas benar berlalu. Sekejap sahaja, aku sudah akan masuk ke tahun keempat, tahun terakhir pengajian insya Allah. Perbualan kami bila berkumpul sekarang mesti tidak akan lari daripada topik FYP, praktikal, dan... kahwin! Hahaaaaa

Entah bila lagi kita akan berkumpul begini. Akan datang, mungkin aku pun sudah patut mula memperlahankan diri sedikit demi sedikit. Entah. Kita biar waktu berlalu memberikan jawapan. Harapan aku... semoga aku kahwin nanti semua dapat datang! Eheh? Astaghfirullah. Bukan. Harapan aku, semoga di mana jua pun kita berada nanti, persahabatan kita tetap utuh, dan di kejauhan masing-masing nanti, biarlah kita tetap sentiasa saling mendoakan. 


Ladies, Ini Untuk Kita.

Assalamualaikum wbt

Hairan aku dengan, 
The so-called muslimah fashion nowadays.

Hijabista hipster kata mereka.
Segalanya, atas nama cantik.

Pakaian,
Seluar senteng pun cantik.
Baju sendat pun cantik.
Baju pendek pun cantik. 

Tudung,
Lilitan tak kemas pun cantik.
Selendang tak bergosok pun cantik.
Tidak tutup dada, 
Tidak tutup leher,
Tak apa, tetap cantik.

Apabila,
Segalanya, atas nama agama,

Bila ditegur aurat, 
Disuruh biarkan,
Tak apalah tak sempurna,
Sekurang-kurangnya dia ada usaha tutup aurat.

Bila ditegur tabarruj,
Dikata tak apa,
Islam tak melarang umatnya berhias,
Malah Tuhan suka pada yang indah-indah.

Segalanya, ada sahaja hujah yang disediakan untuk membela diri, 
Melepaskan diri daripada rasa bersalah. 

Soalanku padamu wahai Muslimah, 
"Redha siapakah yang engkau cari?"

Maafkan aku, yang juga masih bertatih. Namun isu aurat bukanlah perkara yang harus diremeh-temeh dan bukan perkara yang harus diambil mudah. Perintah tentangnya disebut jelas di dalam Al-Quran tanpa berkias.

Kita tidak boleh menafikan bahawa manusia akan sentiasa 'Judge a book by its cover'. Terimalah, dalam penilaian seseorang, pakaian adalah persepsi pertamanya. Duta agama yang paling obvious dan paling mudah dilihat. Usah dipandang sebelah mata, kerana sesungguhnya, ia penjaga maruah dan pelindung pandangan mata yang liar.

Bukanlah aku minta engkau berjubah mahupun bertudung labuh. Cukuplah sempurnanya apabila ia mengikut syariat. Kemudian, sedikit demi sedikit, kita tambahkanlah labuhannya sebagai lambang kerendahan hati juga ketakwaan kepada Allah swt.

Percayalah, yang luaran itu, mampu untuk mendidik yang dalaman. Perlahan-lahan, tetapi jangan sampai ketinggalan. Aku juga masih berusaha.

Semoga dipermudahkan buat kita semua.



Teman ke Putrajaya

Assalamualaikum wbt

Malam di Putrajaya
Sepinggan mi goreng udang
Secawan teh ais
Sebuah bicara
Bersama yang dicinta

Cukup bahagia.

Terima kasih Tikah!



Factor of Analysis

Assalamualaikum wbt

Just like how maturity is not defined by age,
your level of concern is not defined by how much post that you share.

You cannot judge a person through the things that you see virtually.

Who knows,
those silent readers could be the most concerning of all.

Because the initial noble intention for the posts that are shared,
have most probably been corrupted with cunning heart diseases that bring pride to the individual.

Nauzubillahiminzalik.
May we all be protected from the heart diseases that make the good deeds worthless.


Work vs Study

Assalamualaikum wbt

Pheww, at last, something to write!

I've been too busy with practical work recently since I've been transferred to a new department. Now I'm currently doing my practical under Operation & Training Department in The Garden outlet. Although night shift is quite tiring because you will go back home late, but I prefer it more than morning shift because I got plenty of time to get the chores done in the morning before getting myself ready to go to work.

Working is tough, and super duper exhausting.

For the first few days in the outlet, I suffered from terrible backache, swollen foot, cramp and lower back pain. And the first few days have also witnessed myself being quiet sensitive and emotional because those pains, remind me of the suffers that Ummi and Abi need to go through to raise us all up. Every time I feel the pain, my heart would crushed and my eyes would started to get teary. At the end of first day in my new department, I texted them, showing my gratitude and how much I understood the hardships that they need to face while working. The fact is, this is the reality that I need to face soon when I have really started working. In fact, this is the reality that almost everyone will soon face.

Now, it has almost been 3 weeks in this department. Alhamdulillah, Allah has eased me a lot by giving me the ability to learn things fast and to have such cheerful colleagues to help me go through the days in the outlet. Wallahi, I could not have done this without the help from Allah the Almighty,

Entering the 3rd month of practical and I've started to miss going to class so badly. The exhaustion and the pain remind me to appreciate study life even more. There is the joy and pain for both of it, and we all need to really look into them deeply and find hikmah for every single thing that occurs in both life.

Looking forward towards July!
The end of practical training. =D

     

Best Companion

Assalamualaikum wbt

A good white coffee is always a good companion for an off day.


And tomorrow, 
let's get back to work. 






Worth The Pay?

Assalamualaikum wbt

Duduk termenung aku fikirkan,
Sudahkah sedia?

Tak perlu dikata.
Tak perlu juga beriya,
Nanti tambah kecewa.

Apa lagi yang dirunsingkan?

Bila ku baca dan dengar,
Pelbagai kisah versi berbeza,
Buat ku fikir,
Ada susah ada senangnya,
Ada yang mudah di awal,
Ada yang mudah di akhir,
Tapi susah itu pasti kan ada.

Jadi bolehkah aku?
Kau?
Kita?
Semua?

Entah.
Yang pasti,
Something that is worth it, must have a price to be paid.


Kita Semua Bersaudara

Assalamualaikum wbt

Sewaktu cuba mendapatkan penajaan daripada sebuah kedai buku di Bangi,

Pekerja: Maaf, saya tak boleh buat apa-apa. Tapi saya boleh bagi nombor pemilik kedai ni untuk kamu bincang bersama nanti.

Diserahkannya nombor telefon dan nama pemiliknya yang bernama Siti.

Asiff: Terima kasih. Bagaimana kami patut gelar beliau? Cik atau Puan?

Pekerja: Panggil sahaja 'sister'. Kami di sini memanggil sesama kami dengan 'sister' dan 'brother'. Kita semua saudara dalam Islam. Panggil sahaja 'sister'.

Masya Allah, aku sangat terharu dan tersentuh dengan kata-kata pekerja tu. Terasa kita disambut baik dan dialu-alukan sangat apabila diucap begitu. Dia mengiktiraf kita sebagai saudaranya atas nama agama. Dan inilah sebaiknya akhlak Muslim yang patut ditonjol pada semua, yang patut diamalkan dan disemai dalam diri setiap yang bergelar Muslim.

Lantas aku teringat petikan daripada sebuah hadis mengenai hubungan sesama Muslim,

'… Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya, dia tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya… '  (HR Muslim)

Allah swt berfirman,

إنماٱﻟﻣﺅﻣنونإخوة
'Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara' (surah Al-Hujurat, ayat 10)

Aku fikir ini juga sebuah teguran dan kesedaran secara tidak langsung buat aku. Pabila kita anggap sesama kita bersaudara, atas nama agama, dan kerana Allah, kita akan sentiasa hadir dan bertemu dengan prasangka yang baik, dan segala persengkataan boleh dielak, seterusnya bersatu demi menyumbang dan membangunkan ummah.


Moga kita semua diberi hidayah oleh Allah untuk sentiasa membudayakan akhlak yang baik, dan menjadi qudwah hasanah bagi orang lain untuk kembali kepada Allah dan mendekati agama ini. Insya Allah.



Leading Yourself

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, KPSM has ended few weeks ago, I've already started my industrial training, and this is a delayed post. Obviously.



Being a leader was never an easy job and will never be, even if you have great support and cooperation from your team. Because in the end, you are all by yourself.  

We always thought that leadership is about leading other people to a great thing, but through my experiences, I think leadership is about leading yourself. You've got to show that you are good despite of your weaknesses, then only can people look up and follow. 

This experience has really made me see another side of me. Sometimes, you just do not know who you are actually until your are given things to handle and to face. This time, I see so much weaknesses in me. So much, and just too much! But all of those did not break my spirit. Instead, those are the things that will keep me motivated to improvise and keep on learning.

I enjoy it and this will definitely be remembered. 

I'd rather look back at my life and say "I can't believe I did that" instead of saying, "I wish I did that."

My task ends here.



Coffee Talk

Assalamualaikum wbt


I super duper love love love hanging out this way with favourite people in my life. I just love the feel of sharing or hearing a story from friends or family while sipping on a cup of latte. It feels so warm. It feels so calm. And I feel so loved!

Today we did it. Right after Asiff's sister's wedding, we went to have an evening coffee talk. Coffee hunting konon-kononnya. hehe

You know the good part of this kind of hangout? You can talk about almost anything and seldom, just so seldom will make you feel hesitate to share. It's good to do this sometimes. Just to let out some of the messed-up matters and release a bit of the stress. And the best part is, it is in this kind of hangout that we often hear stories that people won't usually share. Sipping on a large size hazelnut latte, while hearing stories and voicing out your opinions on certain issue is a definite satisfaction.

At the end of our conversation, a question was asked randomly to all of us,

"Agak-agak lepas kerja nanti ada masa tak nak hangout macam ni lagi?"

Hearing it alone has already broke my heart. We will definitely not going to have the 'us' time the same way we did. Soon, other people will enter our life and things won't be the same. It cannot be. As we are stepping towards new phase of life, these are some of the things that we need to leave behind and welcome the new people and new thing with joy and hope.

But then,

Maybe we can. With all of our families, perhaps.