Assalamualaikum wbt
Hari pertama Ramadhan, aku cuba melaluinya kalini walaupun masih sepenuhnya menyusu badan. Alhamdulillah, dapat menjalaninya dengan baik. Gathered around few advices. Some suggested milo, horlicks, some said fibre food, tapi yang paling common punya tips is to eat protein. So yes, added that to my sahur. Ada juga tips minum air nabeez for energy especially for ibu menyusu. Insya Allah kita cuba nanti bila teringat.
Dah 2 tahun puasa tidak sempurna yang aku lepaskan begitu sahaja. Tahun lepas, the whole month tak puasa sebab keadaan hamil yang rendah hb, sampai kena warded for cosmofer drip. Jadi, dah banyak sangat hutang puasa, hutang fidyah ni belum terlaksana. Itulah sebab kuat untuk puasa juga kalini walaupun menyusu badan dan walaupun ada keringanan bagi ibu menyusu.
Alhamdulillah okay semua. Susu Hanzholah pun cukup insya Allah.
So moms, add in protein to your sahur and a favorite hot drinks of your own :)
Ramadhan kalini santai. Aku taknak push diri sangat. I am sticking to Quran. Selagi aku dapat istqamah everyday baca quran, itu dah memadai. Sebab dah bertahun terbabas untuk khatam on time dalam Ramadhan. Jadi kalini aku buang semua hajat dan impian tu supaya aku tak rasa gagal. Biar satu, jangan tiggal semua.
Kita cuba.
Ramadhan Kareem peeps. Moga Allah berikan kita taufik dan hidayah untuk beribadah