Sekurang-kurangnya

Sekurang-kurangnya

Sekurang-kurangnya aku sudah usaha.
Sudah cuba. Sudah sedaya upaya sehabisnya.

Sekurang-kurangnya.

Aku kurang gemar perkataan ini.

Seperti melepaskan diri dari sebuah tanggungjawab dan jaminan

Tapi itulah hakikatnya
Perkataan ini

Memang di kebanyakan waktu yang kita rasa sudah memberikan sedaya mampu,
Itulah yang diungkapkan.
Bukan untuk melolos diri daripada apa yang bakal berlaku kemudiannya.
Kerana ternyata jika ianya berlaku jauh dari apa yang kita mahu,
Kita pasti akan tidak senang, tidak suka, malah kadang ke tahap benci dan kecewa.
Lalu keluarlah ungkapan ini.

Sekurang-kurangnya.

Untuk pujuk diri,
Bahawasanya kita memang sudah beri yang termampu,
Dan yang berlaku selepas tu hanyalah dalam aturan Allah swt.