Opah

Assalamualaikum wbt

10.06.16. Jumaat. 5 Ramadhan.

Opah, akhirnya pergi meninggalkan semua yang tercinta. Hilanglah segala perit menanggung sakitnya bertahun-tahun. Hilanglah peritnya menanggung sebak tidak dapat berkata-kata dengan suami, anak dan cucunya. Hilanglah segala derita, duka dan lara pada hari dan bulan yang mulia, yang aku percaya suatu nikmat Allah berikan, berkat sabarnya selama ini.

The pains, has finally stopped.

Suasana sayu bila sampai rumah Atok. Selalunya bila langkah sahaja pintu masuk, akan nampak Opah baring atas katil di ruang tamu, menghadap tv, matanya merenung sekeliling, tidak mampu berbuat apa-apa kerana lumpuh, hanya mampu memerhati setiap gerak geri. Hari itu, tatkala melangkah masuk, Opah masih lagi di atas katil yang sama, tetapi tiada lagi bernyawa, hanya kain yang menyelubungi tubuhnya.

Di luar, Achu dan Ummi berpelukan sebaik sampai, melepaskan air mata yang ditahan. Di dalam, senyum tawar sahaja mampu Cikli berikan waktu bersalaman. Maya mengusap belakang Abi, tanda pujukan untuk bersabar. While Atok kept saying "Opah dah takde". Bibik pun sama. Siapakah yang mampu menanggung sebak dan pedih kehilangan isteri dan ibu tercinta?

Buka puasa. Segalanya terasa hambar. Tiada selera. Kurang perisa. Aku tahu, setiap daripada kami sedang menahan air mata daripada melimpah di hadapan rezeki. But Atok could no longer handle it. He cried, while eating. And that disturbed my emotion the most. Everyone remain silent, while understanding each other's feelings at that moment.

Sepanjang itu, memori lama menjengah satu per satu di dalam fikiran. Terkenang waktu Opah masih sihat dan kuat, Opah pernah mandikan aku dan adik ketika kami masih kecil dan Opah adalah yang paling rajin buat kek dan kuih muih. Kalau ada kelapangan, Opah akan berada di depan tv dan salin resepi yang ada dalam rancangan memasak. Aku teringat opah buatkan biskut mazola guna penutup botol sebagai acuan. Aku masih ingat juga sewaktu opah separa lumpuh, bila setiap kali datang jenguk Opah, Opah akan kata "Nini lawa. Muka nini macam ita (achu)". She always said that I resembled Achu, in a glance.

But, those were the days.

Alhamdulillah, aku berpeluang untuk turut serta dalam pengurusan jenazahnya bermula Opah dimandikan sampai dikuburkan. Hanya waktu solat jenazah sahaja yag aku tak berkesempatan. I witnessed all for the first time. Pada hari jenazah dikebumikan, semua mulai tenang, sehinggalah tiba masa jenazah Opah diturunkan dari van jenazah, dibuka semula kain kafan yang menutupi wajahnya untuk tatapan terakhir ahli keluarga dan yang hadir ketika itu. Waktu itu... waktu itu emosi kembali tidak terkawal. Sedih dan sebak. Bercucuranlah air mata semua. Menyedari hakikat bahawa inilah dia, ciuman terakhir, tatapan terakhir, sebelum disemadikan dan ditinggalkan, selama-lamanya.



"Selamat tinggal dunia, sesungguhnya daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali"

Kematian mengingatkan kita bahawa kita ini milik mutlak Allah swt dan dunia ini sementara cuma. Suatu hari, kita pula akan menyusul.

This Ramadhan, we lost a strong, compassionate and loving woman. Moga Allah ampunkan segala dosa Opah dan kurniakan belas kasihNya pada Opah. Berdamailah Opah. Moga rohmu dicucuri rahmat. You will be missed dearly. 


Al Fatihah
Hajjah Siti Hafsah bt Mohd Amin
1940-2016