Assalamualaikum wbt
Cinta, perkataan ini sahaja boleh buat sesiapa sahaja tersenyum dan tersipu. Betapa hebat kuasa cinta ini, sampai ke tahap dia bisa mengubah seseorang baik katanya, rupanya, mahupun tindakannya.
Dulu, bila sembang tentang ini, memang bukan main lagi dibuai-buai perasaannya. Mengelamun. Berangan. Pada setiap lagu-lagu cinta itu, tersimpan berjuta makna pada bait-bait lirik yang diungkap. Semuanya kalau boleh mahu dikait dengan perasaan sediri yang sedang bermain dalam hati.
Tetapi kian dewasa, kian membesar, cinta menjadi perkara yang semakin rumit untuk difikirkan. Kerana visi cinta kita kini telah menjadi lebih besar, lebih realistik, lebih jelas, dan lebih bermakna. Ada matlamat murni yang ingin dicapai untuk manfaat bersama. Bukan lagi samata-mata untuk kepuasan diri atau dilihat sebagai suatu bentuk "keperluan".
Visi ini, jika terlaksana, maka suburlah kasih sayang dalam diri setiap insan. Dengan kasih sayang ini, menjadi motivasi untuk sentiasa berusaha mencapai keharmonian dalam masyarakat, menjadi motivasi untuk mengajak lebih ramai kepada kebaikan, menjadi motivasi untuk diri sendiri terus melakukan kebaikan, yang akhirnya, akan membawa kepada pembinaan ummah yang kuat, kukuh, kental, harmoni, sejahtera dan segalanya yang baik, demi memakmurkan agama Islam pada setiap aspek.
Di puncak cinta ini, tentunya,
adalah untuk membolehkan kita semua sama-sama beroleh tempat di syurga Allah.
Jom, ubah visi cinta kita.
Insya Allah.