Assalamualaikum wbt
Kisah cinta dua darjat.
Dimeterai dengan sumpah yang berat,
Lalu dilanggar sumpahnya itu,
Demi menjaga hati yang tua.
Tersiksalah jiwa batin sang pemuda.
Sedang si gadis menyangka,
Bahawa kehidupannya akan aman.
Dengan kemewahan dan juga kekayaan.
Walau hati penuh kecewa,
Sang pemuda bangkit penuh semangat,
Dengan sokongan penuh sahabat,
Akhirnya berjaya menjadi penulis karya,
Masyhur di Surabaya dan sekitarnya.
Hari demi hari,
Musnah harapan si gadis,
Lantaran kemewahan yang tak menjanjikan kebahagiaan,
Isteri yang tidak dimuliakan,
Isteri yang tidak dimuliakan,
Juga rindu yang kian menyesakkan dada.
Tibalah satu hari,
Ditakdirkan keduanya bertemu,
Bantuan dihulur,
Dendam disimpan.
Atas dasar iman dan persahabatan.
Satu hari dilepaskanlah si gadis,
Oleh suaminya yang pergi menghukum diri,
Dikembalikan kepada sang pemuda,
Tetapi ditolak sementah-mentahnya,
Kerana ego dan prinsip yang teguh.
Tatkala semakin hancur hati keduanya,
Tersedarlah sang pemuda akan silapnya,
Melayani ego hingga hilang budiman,
Hingga sanggup melepaskan cinta dari pangkuan.
Tetapi benarlah cinta penuh kuasa,
Memberikan semangat dan kekuatan.
Walau tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,
Walau sudah lemas di tengah lautan,
Tetap kuat si gadis menanti,
Hingga berada sang pemuda di sisi.
Lalu tenanglah dia pergi,
Bahagia menghadap Ilahi,
Kerana mengetahui masih ada cinta di hati.
"Cinta bukan mengajarkan kita untuk menjadi lemah, tapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan melemahkan semangat, tapi membangkitkan semangat."
Cinta. Ini sebuah perasaan yang tidak seharusnya dinafi. Walau begitu kita kagum dengan kuasanya, sebaiknya disandarkan terus kepada Ilahi, supaya akhirnya dapat diurus dengan baik dan tidak memakan diri.
Menanti buku novelnya pula daripada Kimah.
Katanya pengakhiran di layar dan novel berbeza keduanya.