Tutup Buku 2014

Assalamualaikum wbt



Mengakhiri 2014 dengan demam dan selsema yang makin teruk bukanlah sesuatu yang aku harapkan.

Aku ingat nak tulis panjang-panjang ala-ala throwback lah katakan, tapi bila sampai suku jalan, aku padam balik. Buat apalah sangat nak recall satu per satu semua sedih gembira pahit manis masam pedas? Cukuplah aku dan orang terdekat yang tahu. Lagipun, celoteh aku dalam blog ni ada banyak. Yang tawa duka ada. Mana nak selak, selaklah. Mana nak belek, beleklah. 

Dan penghujung tahun ini juga hanya menyaksikan lebih banyak tragedi sedih. Banjir dan QZ8501 adalah yang diberi tumpuan buat masa ini. 

Jadi akhirnya, ini sahaja yang mampu aku coretkan.
Semoga tahun baru Masihi ini lebih bermakna. Aku tak boleh minta jangan ditambah lagi kesedihan atau kesusahan sebab perancang terbaik itu Tuhan. Sudah pasti akan ada cabaran lebih besar dari arah yang tidak akan aku sangka, juga akan ada kegembiraan dari arah yang tidak akan aku sangka. Pastikan diri selalu ingat, bahawa Allah selalu ada, dalam apa jua keadaan pun. Mohonlah kekuatan dan keampunan dalam apa jua pun keadaan. Semoga Allah sentiasa meredhai, memelihara dan memandu kita ke jalan yang benar.