Assalamualaikum wbt
Beberapa minggu yang lalu, aku dikhabarkan dengan berita bahawa kawan aku, in which dia lebih muda daripada aku, akan mengikat tali pertunangan tahun ini, dan akan bernikah tahun depan.
Respon aku sangat hambar. Tak excited langsung. Aku sekadar ucap tahniah dan lantas memberikan nasihat macam aku sudah berkahwin. Hahaha. Ego? Probably. Mungkin sebab orang lagi muda dari kau dah nak kahwin sedang kau masih sibuk-sibuk kejar study, assignments and macam-mcam lagi perkara. Tapi time tu jela. Lepastu aku okay je. Hehe. Aku fikir juga, senangnya family dia nak bagi restu kahwin muda-muda?
Sebenarnya, itu semua kerja Allah. Aturan daripada Dia. Dah kalau kata jodoh, confirm-confirm Allah akan permudahkan walaupun awalnya nampak macam IMPOSSIBLE. Be it family, money, or whatever it is, He will guide and help you to go through it with ease.
Aku ingat lagi, masuk awal tahun 2014 ni, aku senaraikan salah satu azam aku dalam diari: Wedding Travel.
Dan ia terlaksana.
Maka berjalanlah aku ke sempadan Melaka dan Johor di Muar, ke hujung negeri Selangor di Kuala Kubu Baru, ke Bangi yang dekatnya seperti sebelah UPM sahaja, ke persisiran pantai Port Dickson di Negeri Sembilan dan ke Meru yang hanya 15 minit daripada rumah aku.
Untuk tahun ini, 5 majlis aku dah pergi dan semuanya kawan-kawan aku. Sedaya upaya aku penuhi jemputan mereka semua. Konon-konon nak ambil berkat. Hiks. Bila satu per satu berita begini sampai, lebih-lebih lagi mereka yang berumur sama atau lebih kurang aku, terus rasa 'tua'. Tapi bila pandang diri sendiri sahaja, dan sedar yang aku BARU berusia 21 tahun, aku tahu aku masih sangat muda dan masih banyak perkara perlu dikejar, although aku tahu, bila-bila masa sahaja aku boleh pergi.
Di usia begini, sudah sebatilah berita-berita orang ni dan orang tu mendirikan masjid dan melangkah ke alam seterusnya dalam hidup seorang manusia. Dan aku sentiasa akan terpesona dengan bermacam cerita pertemuan dan cinta mereka. Ada yang lama berkawan, tapi putus, tak lama lepastu terus ada orang datang pinang. Ada yang dirisik, bila tanya pendapat kawan baiknya, rupa-rupanya kawan baiknya suka dia dah lama, dan terus buat keputusan untuk lamar si dia. Maka ditolaklah risikan yang awal tu. Ada yang jumpa waktu kem, dan berputik rasa antara dua bila dapat bekerja dalam satu kumpulan. Ada juga yang bakal suaminya rupa-rupanya kawan sama sekolah rendah dulu. Aih macam-macamla!
Lain-lain cerita masing-masing, yang akhirnya membolehkan aku menyedari bahawa kisah setiap manusia berbeza-beza mengikut aturanNya. They are unique on its own. Ketentuan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan dengan cara-cara yang tiada siapa akan sangka. Your turn will come when it is the time. No worry.
As for me,
Honestly, I am not ready yet. For some reasons.
Tapi aku tahu, kalau dah sampai masanya nanti bila ada rezeki, sedia atau tak, aku kena juga terima dan hadap. For now, marilah kita sama-sama perbaiki diri dan penuhkannya dengan ilmu, sambil menunggu dengan penuh setia. Eh?
Peace!