Assalamualaikum wbt
Sikit masa lagi, tanggal 25 Ogos.
21 tahun yang lalu, di Hayat Abad, Peshawar, Pakistan, ummi berjuang dan bertarung dengan maut untuk melahirkan anak sulungnya ini. Dan hari ini, sikit masa sahaja lagi aku bakal menginjak 21. Nampak macam angka yang besar, tetapi kecil sahaja sebenarnya. Andainya diizinkan, perjalanan aku masih jauh lagi.
Untuk tempoh selama itu, ada banyak impian yang telah dipasang. Ada yang sudah berjaya aku gapai, dan masih banyak lagi yang sedang diusahakan. Namun matlamat utama tetaplah syurga di akhirat nanti. Layakkah dan dapatkah aku menjadi penghuninya? Penghujung dunia ini akan berikan jawapannya. Moga Allah permudahkan segala urusan aku dunia dan akhirat.
Semoga ini dapat menjadi titik permulaan semula aku dan dunia, demi akhirat.