Pesan Abi

Assalamualaikum wbt

Pesan Abi,
"Genggam bara hingga ke arang,
Pantang undur meskipun kecundang,
Selagi hidup terus mara dan berjuang."

Kan aku ingat sentiasa insya Allah. Selagi masih diizinkan bernyawa, takkan ku berhenti untuk usaha.  


Cinta Hati

Assalamualaikum wbt

A day well spent with beloved family.
Maya is back from Jengka and it's the last gathering before Saibah pursues her study in UnisZA. 

  

  
 

Today's meeting remind me of the most precious thing I have,
Family.

I'm blessed ya Allah. Alhamdulillah.


Menaiki Tangga Ke-21

Assalamualaikum wbt

Sikit masa lagi, tanggal 25 Ogos.

21 tahun yang lalu, di Hayat Abad, Peshawar, Pakistan, ummi berjuang dan bertarung dengan maut untuk melahirkan anak sulungnya ini. Dan hari ini, sikit masa sahaja lagi aku bakal menginjak 21. Nampak macam angka yang  besar, tetapi kecil sahaja sebenarnya. Andainya diizinkan, perjalanan aku masih jauh lagi.

Untuk tempoh selama itu, ada banyak impian yang telah dipasang. Ada yang sudah berjaya aku gapai, dan masih banyak lagi yang sedang diusahakan. Namun matlamat utama tetaplah syurga di akhirat nanti. Layakkah dan dapatkah aku menjadi penghuninya? Penghujung dunia ini akan berikan jawapannya. Moga Allah permudahkan segala urusan aku dunia dan akhirat.

Semoga ini dapat menjadi titik permulaan semula aku dan dunia, demi akhirat.



Sentap

Assalamualaikum wbt

3 pagi buta.

Ada soalan yang diajukan pada aku beberapa jam lalu.
Membuat aku berfikir panjang dan kembali melihat diri ini.

Aku tak rasa soalan 'saje-saje' tu Allah 'saje-saje' aturkan untuk diajukan padaku pagi buta begini.
Aku kira itu teguran Allah padaku dalam diam.
Fuhhh! Halus sekali caranya.




Perjalanan Pulang Bersama Abi

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, kini sudah kembali ke UPM. Berjuang untuk setahun lagi.

Seperti biasa, Abilah yang menghantar aku pulang. Nak-nak pula kali ni awal semester, jadi barangnya banyak macam pindah rumah. Di dalam perjalanan, senyap sahaja hari ini. Janggal. Sehinggalah aku yang mula bersuara bertanyakan beberapa perkara. Barulah Abi mula bercerita.

Begitulah selalunya. Abi akan bercerita.

Aku sentiasa menghargai waktu-waktu sepanjang perjalanan pulang dan pergi kerana itulah tempat berkongsi cerita dan bertukar pendapat antara aku dan Abi. Daripada isu politik, kemanusiaan, bisnes, pelajaran, pengalaman sehinggalah isu keluarga, banyak yang telah dikongsikan Abi bersama anak sulungnya ini. Dan aku sentiasa berdebar dengan soalan-soalan mengejut daripada Abi berkenaan pendapat dan pengetahuan aku terhadap isu-isu semasa.

Semenjak zaman asrama sehinggalah aku berjaya menjejakkan kaki di universiti, kalau aku kumpulkan setiap perkongsiannya sepanjang perjalanan yang telah ditempuh selama ini, mungkin boleh dibukukan dan dijadikan kisah pengajaran kepada kita semua.

Abi, jiwanya besar dan tidak pernah putus asa. Pernah Abi buka restoran, berniaga kebab, berniaga di bazar, jadi pemandu teksi, jadi pekebun dan macam-macam lagi. Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Walau jatuh dan jatuh, tetapi tetap usaha mencari alternatif dan bangun semula.

"Kejayaan Abi dalam hidup ni hanya 15% sahaja. 85% adalah kegagalan. Bila orang cari Abi, Abi tak mampu berikan cara untuk dapatkan kejayaan. Tapi Abi boleh bagi cara untuk hadapi kegagalan." -- Abi

Aku harus akui di usia remaja yang belasan tahun, diri ini hanya reti memberontak. Sedikit renggang dengan Abi. Tidak pernah aku menyangka konflik hidup yang biasa kita lihat di kaca tv akan terjadi dalam realiti kehidupan aku. Tetapi semakin aku dewasa, semakin aku harus akur bahawa itu semua adalah ujian. Dan Tuhan tidak akan menguji manusia dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya.

Manusia ini tidak sempurna. Silap itu pasti ada dan kita harus sentiasa bersedia memaafkan. Lambat atau cepat. Ummi selalu pesan, walau apa pun silap ibu bapa kita, mereka tetap harus kita hormati. Itu sahaja yang aku di dunia ini. Keluarga. Andai hilang salah satunya, takkan bisa ada pengganti.

Orang kata kita hanya akan hargai sesuatu bila ia telah hilang dari hidup kita.

Tetapi aku tak mahu menjadi orang yang sesal. Maka aku akan cuba sebaiknya untuk hargai Ummi dan Abi selagi mereka masih ada. Insya Allah.

Moga Allah berkati hidup Abi dan permudahkan segala urusannya dunia akhirat.
Dan, moga Allah berikan aku peluang untuk aku berbakti semula kepada Abi dan Ummi.
Redha Allah redha Ummi Abi. 

'My journey is always a rare kind of journey'


MindRant 8

Assalamualaikum wbt


Mungkin aku perlu buang semua kemarahan dalam diri ini dan berhenti menipu diri sendiri. Barulah semuanya boleh bermula sekali lagi.

Mungkin.