19 Ramadhan

Assalamualaikum wbt

19 Ramadhan.
Yes, Ramadhan sudah menghampiri hujungnya.

Tidak. Tidak lagi aku teruja dengan hari raya.
Tahun ini, entah mengapa.

Saki baki hari yang tinggal buat aku makin gusar dan risau.
Kerana banyak lagi perkara yang tak sempat aku laksanakan dan tunaikan.
Bimbang andai Ramadhan akan pergi begitu sahaja.

Jika tiada kesempatan aku paksa diri dan buat pecutan terakhir,
Aku adalah orang yang paling rugi sekali.